Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, January 17, 2013

Misi A2G12-ER Meninjau Projek Kilang Roti Malaysia



Sukarelawan misi A2G12-ER begitu girang kerana berpeluang menjadi wakil para penderma di Malaysia dan luar negara yang menyalurkan sumbangan kepada Aqsa Syarif. Kilang Roti Persahabatan Malaysian-Palestinian ini mula beroperasi pada 28 Jun 2011 Alhamdulillah.Kilang ini telah memberi banyak manfaat melaui pembekalan roti ketika aman dan dalam keadaan serangan Israel baru-baru ini. Sebaik serangan pada 14 Nov 2013, sukarelawan Aqsa Syarif terus mengedarkan roti-roti bersama makanan lain kepada penduduk yang terpaksa berkurung di rumah-rumah. Kilang ini juga telah dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Gaza yang semenjak 2006 dikepung dan puluhan ribu kehilangan pekerjaan. Tahniah para penyumbang. En Fadly Hasbi yang berasal dari Sarawak dan kini bertugas di Keningau Sabah mengambil peluang sebagai sukarelawan ulung dari Sbah & Sarawak yang dapat menyertai misi, membentangkan bendera Sabah & Sarawak sebagai simbolik sokongan rakyat Sabah & Sarawak terhadap pembelaan Palestin dan menandakan bahawa sumbangan dari Sabah dan Sarawak telah disampaikan kepada rakyat Gaza. Allahuakbar...! Tahniah...!



















No comments:

Post a Comment