Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, January 9, 2013

Misi A2G12-ER Mendarat di Cairo Airport & Meneruskan Perjalanan ke Gaza

Alhamdulillah, Rombongan Delegasi A2G12-ER dari Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah kira-kira jam 6 pagi (waktu Mesir) tadi.

Rombongan ini telah bergabung dengan delegasi Ikram Mesir seramai 9 orang ahli misi dan seorang wakil Aqsa Syarif UK-Eire yang telah menunggu mereka di Kaherah untuk bergerak bersama memasuki Gaza.

Sekarang mereka dalam perjalanan ke El Arish dan seterusnya akan ke Sempadan Rafah untuk memasuki Gaza bersama 35 buah trak (sepanjang 20 kaki) yang mengandungi makanan, ubat-ubatan, pakaian untuk musim sejuk, barang-barang persekolahan, dan bahan binaan. Doakan Misi yang membawa amanah besar rakyat Malaysia ini berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Insya Allah, sebarang perkembangan perjalanan misi akan cuba dikemas kini dari semasa ke semasa oleh wakil kami yang menyertai misi kali ini.


























No comments:

Post a Comment