Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, January 19, 2013

Catatan Dr Zaharah Sulaiman yang berkesempatan bersama Misi A2G12-ER ke Gaza


Dr Zaharah Sulaiman yang berpendidikan Ijazah Perubatan dari Australia, kini sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD, di Australia iaitu Tasmania, Victoria, South Australia di samping sebagai pakar perunding penyusuan atau laktasi (IBCLC - International Board Certified Lactation Consultant). Beliau adalah juga penulis buku "100 persoalan mengenai penyusuan susu Ibu" dan buku "Susu ibu titisan mutiara bonda" yang diterbitkan DBP. Beliau adalah protem Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia, menyandang JK Aqsa Syarif Australia. 
Sebelum ke Australia melanjutkan pelajaran di peringkat PhD, beliau menyandang jawatan di dalam pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai Setiausaha Wanita negeri Kelantan (2002-2005). Beliau juga pernah diamanahkan tanggungjawab Pengerusi Raudhatus Sakinah Kelantan (2006-2009). 
Berikut adala beberapa catatan Dr Zaharah yang beliau terbitkan di dalam FB beliau, mudah-mudahan dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama.

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya bersyukur berpeluang ke Gaza, Palestin bersama misi A2G12-ER Aqsa Syarif; 2-11 Jan 2013. Satu perjalanan yang sarat dengan ibrah kehidupan, santunan hati dan nurani yang amat mengesani jiwa ini. Mari teruskan  menyumbang dan berdoa untuk bumi barokah, agar Palestin bebas dari cengkaman Israel sepenuhnya.


Wanita-wanita Palestin yang Istimewa
Semasa di sana, saya berkesempatan bertemu bersama-sama kaum wanita Gaza. Pertemuan ini telah dianjurkan oleh sebuah NGO di sana. 


Mereka yang hadir terdiri daripada ibu-ibu muda dan juga yang sudah berumur, sama ada yang bekerja atau suri rumah, yang belum berkahwin, yang sudah bercucu dan juga balu-balu para syuhada dan ummu syuhada.

Satu pertemuan yang sangat bermakna dimulakan dengan perkongsian pengalaman ibu/isteri para syuhada dalam mereka mendidik anak. Kemudian saya memberikan perkongsian ilmu mengenai penyusuan susu ibu. Amat menarik sesi perkongsian ilmu itu kerana mereka rata-rata terbuka bertanya banyak soalan secara santai menjadikan ia satu diskusi 2 hala yang hidup. Alhamdulillah!

Bahasa utama di Gaza adalah Bahasa Arab. Oleh kerana saya tidak fasih, maka bila berceramah, saya sampaikan dalam Bahasa Inggeris dan di alih ke Bahasa Arab oleh seorang remaja Gaza yang sedang mempelajari Bahasa Inggeris. Sesuatu yang menarik berlaku sebelum saya memulakan ceramah saya. Ibu-ibu yang hadir bertanya, 'Bolehkah/Pandaikah saya mengaji Quran?' Huhu.. Tersipu malu juga saya dengan soalan itu. Lalu mereka meminta saya membaca Al Fatihah dan mereka agak 'impress' dengan bacaan saya. Alhamdulillah. Suspen jugak sebenarnya... Apa pun, ia satu pengalaman yang manis buat saya



Pengalaman Menziarahi Ibu Yang Baru Melahirkan Anak di Gaza
Semasa di Gaza saya juga berkesempatan ziarah @ home visit seorang ibu muda yang baru melahirkan bayi lelakinya yang berusia 5 hari. Menyanyakan dan melihat sendiri bagaimana beliau menyusui bayinya.

Beliau mempunyai masalah puting merekah yang disebabkan oleh kedudukan posisi bayinya yang tak optima. Alhamdulillah saya bersyukur dapat membantu ibu muda ini dan memberikan tunjuk ajar cara yang betul. Sebelum misi berakhir, sempat follow up beliau dan berasa lega dengan perkembangan yang positif. Semoga bayi ini sihat dan ibunya dapat meneruskan penyusuan.



Rumah mereka tidak mempunyai bekalan elektrik dan mereka menggunakan lampu solar yang diberikan oleh Aqsa Syarif melalui sumbangan anda semua. Namun demikian, tiada keresahan terukir di wajah mereka. Kelihatan di dalam gambar ini keceriaan wajah ayah yang mendukong bayinya.


Ayah Syahid Ketika Di Dalam Kandungan

Ada sesuatu yang istimewa mengenai baby comel dan ceria ini yang mudah dengan orang. Semasa beliau di dalam kandungan ibunya, ayahnya telah syahid di bedil tentera Israel. 


Pada masa itu usia perkahwinan ayah dan ibunya baru berusia setahun. Menurut ibunya semasa tiba masa untuk melahirkan, dia berasa sedih teringatkan suaminya yang telah syahid tidak sempat melihat bayi yang dikandungnya. Akhirnya, bayi ini lahir melalui pembedahan dan ibunya tidak dapat menyusui bayinya buat beberapa hari pertama selepas dilahirkan. Huhu.. Tapi ibunya tidak menyerah sahaja dan alhamdulillah berjaya juga memulakan penyusuan walaupun lambat.

Panjang lagi kisah menarik baby comel ini dan ibunya. InsyaAllah akan dikongsikan dalam medium yang lain dikemudian hari. Semoga baby comel ini membesar sebagai seorang mujahid dan membela agamanya.

Berkongsi pengelaman bersama rakan dan taulan
Sekembalinya dari misi A2G12-ER, Dr Zaharah begitu aktif membuat perkongsian kepada keluarga, rakan dan taulan. Di antaranya ialah perkongsian melalui talian (Kuliah Online) yang dilaksanakan dengan beberapa rakan di beberapa bandaraya di Australia.
Teruskan membela perjuangan rakyat Palestin dan teruskan menyumbang bersama Aqsa Syarif dengan matlamat membebaskan sepenuhnya bumi Palestin.





No comments:

Post a Comment