Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, January 17, 2013

Kepulangan Misi A2G12-ER

Jumaat 11 Jan 2013,  6.30pm, delegasi A2G12-ER sampai di KLIA Balai Ketibaan Antarabangsa. Saudara mara dan rakan-rakan menyambut kepulangan mereka. Kepulangan mereka harapnya dapat meneruskan lagi kesedaran rakyat Malaysia. Gencatan senjata memang berlaku, tapi selagi Palestin belum bebas, selagi itu kita semua perlu berusaha. Perkongsian daripada mereka sangatlah dialu-alukan.

Aqsa Syarif mengharapkan, para sukarelawan akan terus membuat perkongsian dan melaporkan apa yang mereka saksikan di Gaza di dalam apa jua bentuk perkongsian seumpama ceramah, tazkirah, penerbitan di dalam pelbagai media dan sebagainya.

Mereka juga diharapkan dapat yerus menjalankan 'fund raising' bagi meneruskan penjanaan dana tabung Aqsa Syarif untuk pembelaan rakyat Palestin.

Satu mesyuarat post-mortem lazim di adakan beberapa ketika selepas kembali dari misi yang sangat murni ini. Tahniah kepada ketua Misi dan semua yang terlibat. Allah kurniakan kebaikkan dan keberkatan kepada semua yang terlibat Insha Allah.














http://www.facebook.com/media/set/?set=a.528670137156659.132964.107299275960416&type=3

No comments:

Post a Comment