Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, January 17, 2013

A2G12-ER, Kunjungan Bermakna Ke Sekolah




Penyertaan Ustaz Mohd Hairozi Muhammad dan Tn Hj Md Kasim bin Md Noh, kedua-duanya bertugas dengan kementerian Pelajaran Malaysia memberikan makna yang besar di dalam usaha-usaha membela rakyat Palestin. Mereka di bawa mengunjungi sekolah Usama bin Zayid. Bertemu dengan pengetua, para guru dan pelajar-pelajar. Mendapatkan maklumat dan meninjau keadaan sekolah dan status P&P sekolah di Gaza.

Melalui program donation drive yang dilaksanakan di beberapa sekolah di Johor, mereka berjaya membawa sumbangan untuk institusi pendidikan di Gaza.

Suatu yang menarik ialah buat pertama kalinya pelajar-pelajar di sekolah ini berkomunikasi melalui Skype dengan pelajar-pelajar di Malaysia yang dirancang khas sebelum ini.

Kedua-dua pegawai pelajaran akan membawa balik maklumat-maklumat dan akan berbincang dengan pihak kementerian / jabatan, bagaimana pelajar-pelajar di Malaysia beroleh manfaat dari kedua-dua hubungan yang di jalin pada masa hadapan Insha Allah.













































No comments:

Post a Comment