Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, January 17, 2013

A2G13-ER : Misi Kemanusiaan Berlepas di KLIA


15 Jan 2013. 8.25 malam, Satu lagi kumpulan sukarelawan dilepaskan ke Gaza oleh Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor dari KLIA. Ramai sanak saudara dan para aktivis menghantar mereka waktu mereka berlepas dari KLIA. Keunikan misi kali ini adalah ia mengandungi enam pakej. 

Pertama, Universal Music Malaysia (UMM) akan mengadakan " Music & Arts into the lives of the children in a cross-cultural format between Malaysia and Palestine." Kebudayaan Malaysia akan dipersembahkan ke sekolah dan hospital di Palestin, penyerahan dana sumbangan antara SK Bukit Damansara dan Gaza Primary School, Pembiayaan Pelajar Palestin dan Bengkel Musik dan Seni untuk kanak-kanak Gaza. (disertakan lampiran untuk keterangan lanjut). 

Kedua, Lensa Gaza (LG). Sekumpulan fotografer Malaysia akan cuba menterjemahkan suasana kehidupan selepas kemenangan 14 November (Hijjaratus Sijjin) dalam format gambar. 

Ketiga, lawatan ke Hospital Ar-Rantissi bagi penyenaraian barang-barang keperluan dan ziarah ke atas penghuni hospital. 

Keempat, Seminar Akademik bertajuk 'Christian Zionist and US foreign policy towards Israel' di Islamic University of Gaza (IUG). 

Kelima, penyerahan bantuan kepada wakil-wakil NGO Aqsa Syarif di sana. 

Keenam, wakil daripada Viva Palestina Malaysia (VPM) akan mengadakan lawatan di hospital-hospital seliaan VPM dan aktiviti lain. Dokumentasi gambar sepanjang program diamanahkan kepada IKRAM MEDIA dari Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Semoga misi berjalan lancar dan diberkati Allah.

Misi yang diketuai oleh Dr Mohd Tahir Abdul Rahman (ahli Pemegang Amanah Aqsa Syarif) mengandungi 26 sukarelawan dari Malaysia dan 4 dari Jordan (pelajar-pelajar Malaysia).




























No comments:

Post a Comment