Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Thursday, May 31, 2012

Micro-Credit AQSA-EMAAR Beri Peluang Lepasan IPT Berniaga

KOD NGO: 002 ; EMAAR FOR DEVELOPMENT & REHABILITATIONS
KOD PROJEK: 00201
NAMA PROJEK: MICRO CREDIT QARDHUL-HASAN PROJECT
PERTUBUHAN PELAKSANA: EMAAR FOR DEVELOPMENT & REHABILITATIONS
PROJEK MULA: OGOS 2011
JUMLAH SUDAH DISALURKAN: RM357,300.00.

Namanya Zeiad berumur 26 tahun dan lepasan diplome kesetiausahaan dari Universiti tempatan di Gaza. Beliau adalah antara ribuan lepasan IPT yang sangat sukar memperolehi pekerjaan kerana sekatan ekonomi semenjak 2006 dan serangan Israel terhadap Gaza pada 2008/2009. Banyak sektor pekerjaan musnah sedangkan penduduk 1.7 juta rakyat Gaza perlu meneruskan kehidupan sebagaimana juga penduduk dinegara-negara lain.

Apabila beliau mengetahui bahawa pertubuhan Emaar membuka peluang pembiayaan micro credit qardhul hasan, beliau lantas membuat permohonan. Berbekalkan ilmu berasaskan komputer yang dimiliki, beliau meyakinkan Emaar bahawa beliau berupaya menjalankan perniagaan menjual telefon bimbit, assesori telefon serta minyak wangi.


Kecai seluas sekitar 7kaki x 10 kaki cukup menempatkan sebuah kaunter dan rak-rak besi bagi meletakkan asesori telafon serta beberaa jenis minyak wangi untuk dijualnya. Beliau menggunakan pembayaan qardhul hassan sejumlah USD1,500 beberapa bulan lalu, telah membolehkan beliau mengisi masa melakkan perniagaan dengan jualan purata 2000 shakel (matawang Israel yang diguna di Gaza) serta boleh menampung keperluan sehariannya di samping membantu keperluan keluarganya.




Lawatan kami (Misi A2G4), adalah sebahagian dari misi meninjau projek-projek Micro-Credit Qardhul Hassan yang dibiayai oleh rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif dan diurus oleh Emaar di Khanyounis. Ini adalah inisiatif baru untuk membantu masyarakat Gaza dalam aspek sosio-ekonomi di samping membuka peluang anak-anak muda Gaza memeprolehi pengalaman peningkatan keupayaan dalam kehidupan.

Micro Credit AQSA-EMAAR Beri Peluang Pemuda Buka Kedai Pakaian Dewasa

KOD NGO: 002 ; EMAAR FOR DEVELOPMENT & REHABILITATIONS
KOD PROJEK: 00201
NAMA PROJEK: MICRO CREDIT QARDHUL-HASAN PROJECT
PERTUBUHAN PELAKSANA: EMAAR FOR DEVELOPMENT & REHABILITATIONS
PROJEK MULA: OGOS 2011
JUMLAH SUDAH DISALURKAN: RM357,300.00.



Lawatan ke Kedai Pakaian Dewasa dari skim Qordhul Hassan AQSA-EMMAR oleh anggota misi A2G4  (Dr Mohd Zin & Dr Tahir)  begitu menarik sekali. Dengan pembiayaan USD2000 sahaja, Salam Abdel Salam telah berjaya meyakinkan rakannya yang telah memiliki kedai pakaian dewasa laki-laki seperti baju kemeja, seluar panjang dan kot atau suit untuk pakaian rasmi ke pejabat. 

Dengan peluang yang diberikan rakan kongsi dan skim Qardhul Hassan itu, Salam telah berupaya memiliki perniagaan secara perkongsian dengan rakan karibnya dengan kedai yang disewa. 
Mudah bagi sesiapa yang ingin memiliki pakaian dengan penampilan segak dengan mengunjungi kedai Salam. Kini Salam boleh membawa balik gaji USD400 berbanding sebelumnya tidak memiliki pekerjaan (selepas blockade oleh Israel). 
Dengan jualan yang memberangsangkan, beliau sudah mampu membayar sewa kedai USD110 sebulan dan bayaran bulanan balik pembiayaan kepada EMAAR sejumlah USD155.
Turut hadir di dalam lawatan ialah Pengurs Aqsa Syarif Gaza, Brother Abdul Latif, Pengurus Besar Emaar iaitu Br Anwar Mosa dan beberapa pegawai dari Emaar.

Anda yang ke Gaza nanti jangan lupa shopping di kedai Salam ya..! 
Brother Salam yang memperolehi skim Micro Credit ini begitu gembira dengan kedatangan kami dan mengucapkan terima kasih di atas inisiatif Aqsa yarif dan Emaar.
Tahniah Rakyat Malaysia...! Tahniah Aqsa Syarif...!
Alhamdulillah.

Projek Micro-Credit Aqsa Syarif-Emaar Mula Menampakkan Kejayaan

KOD NGO: 002 ; EMAAR FOR DEVELOPMENT & REHABILITATIONS
KOD PROJEK: 00201
NAMA PROJEK: MICRO CREDIT QARDHUL-HASAN PROJECT
PERTUBUHAN PELAKSANA: EMAAR FOR DEVELOPMENT & REHABILITATIONS
PROJEK MULA: OGOS 2011
JUMLAH SUDAH DISALURKAN: RM357,300.00.

Aktivis Aqsa Syarif di dalam misi A2G4 telah mengambil peluang melawat Emaar di Khanyounis. Peutupan pintu Rafah pada 24hb Mei dan kegaglan peserta misi merentasi sempadan untuk balik melalui Cairo telah dimanfaatkan dengan membuat lawatan kedua dan bermesyuarat di Pejabat Emaar serta melawat bebeapa premis perniagaan yang telah berjaya mendapatkan bantuan kewangan melalui projek Micro Credit yang dijalankan oleh Aqsa Syarif haril dari bantuan oerng ramai di Malaysia.

Emaar dipilih kerana cadangan projek yang dikemukan begitu bersesuaian dan sesuai dengan satu dari empat fokus Aqsa Syarif ketika ini iaitu pembangunan sosio-ekonomi penduduk Gaza selepas dimusnahkan oleh serangan zionis Israel.

Dr Mohd Zin dan Dr Tahir telah meminta dibawa melawat beberapa premis dan kami sempat melawat empat (4) usahawan selain dud (2) pada hari sebelumnya. Kedai-kedai yang kami lawati ialah;
a. Kedai Pakaian Dewasa,
b. Kedai Telefon Bimbit & Minyak Wangi,
c. Pusat Tuition & Speech Therapy,
d. Kedai Gunting Rambut
e. Kedai Jahit dan Pakaina keluarga.
f. Kedai Runcit.

Melalui projek pembiayaan Qardhul Hasan (pembiayaan tanpa keuntungan), Emaar mempunyai sistem yang baik dari pelbagai segi termasuk senarai usahawan-usahawan yang ingin membangun semula perniagaan atau baru memulakan perniagaan, mengumpul maklumat-maklumat pemohon berserta latar belakang, mengadakan temuduga dan semakan dengan pelbagai pihak termasuk ketua komuniti serta sistem pemantauan yang kemas.

Di antara objektif projek ialah membantu dan membangun semula sosio-ekonomi masyarakat Gaza dan memberi peluang mereka yang berpotensi untuk berniaga dan memberikan perkhismatan kepada penduduk di Gaza khususnya di Khanyounis.

Dr Mohd Zin dan Dr Tahir telah diberikan senarai penuh nama penerima skim iaitu sejumlah 32 penerima skim Micro-Credit. membuat semakan senarai nama serta profil semua penerima serta prestasi perniagaan dan progres pembayaran balik pembiayaan kepada Emaar.

Dr Mohd Zin dan Dr Tahir kemudiannya dibawa melawat secara rambang beberapa premis perniagaan dan secara langsung menemuramah para pemilik kedai dan pelanggan yang sedang berurusan dipremis yang mengambil skim pembiayaan Micro Credit tersebut.

Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan kepada tabung Aqsa Syarif. Sumbangan rakyat Malaysia kini sedang dimanfaatkan untuk membangun sosio-ekonomi melalui skim yang unik yang diuruskan Emaar. "Kita memberikan joran agar penduduk dapat pergi memancing setiap hari bagi membolehkan mereka menyara diri mereka dan keluarga" ujar Dr Mohd Zin. Setiap pembiayaan skim ini bernilai di antara USD1000 hingga USD3000 bergantung kepada saiz, jenis dan keupayaan pembayaran kembali peniaga-peniaga.

Turut hadir di dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengurus Aqsa Syarif Gaza iaitu Brother Abdul Latif, Pengerusi Lembaga Emaar iaitu Dr Anwar  Dr. Anwar Elabadseh , Pengurus Emaar iaitu Brother Anwar Ibraheem Musa dan beberapa staf Emar.

Pada keseluruhannya Aqsa Syarif berpuas hati dengan projek Micro Credit yang dijalankan di Gaza ini adan Aqsa Syarif mengharaf dan berdo'a agar ianya merupakan projek iconic yang berjaya mencapai objektif. Tahniah rakyat Malaysia sekali lagi.

#  [Sila lihat entry selepas ini untuk meneliti jenis-jenis perniagaan yang dijalankan melalui skim Micro Credit AQSA-EMAAR].
#  Latar belakang projek, sila ke link http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/04/xxx.html


Sektor Peruncitan Mula Menapak Semula Di Gaza

Jika kehandiran kami di dalam misi A2G2 Ramadhan tahun lalu masih menyaksikan kedai-kedai yang tidak dibuka dan perniagaan yang ala kadar. Ziarah kami kali ini A2G4 (Mei 2012) dapat kami lihat sektor peruncitan di sekeliling Gaza mula menapak cergas.

Gerai dan kedai buah-buahan tampak memberikan beberapa pilihan kepada pelanggan dengan buah pisang, tembikai, oren dan sayur-sayuran memeuhi meja-meja.


Barang-barang makanan seperti biskut, tepung, minyak zaitun, keju dan gerai khebab juga mula dilihat beroperasi dikawasan bandar dan perumahan di sekitar Gaza. 

Pakaian pelbagai jenis dari seluar jeans, pakaian jubah wanita, pakaian kanak-kanak sehingga pakaian rasmi ketempat kerja turut kelihatan digantung atau disidai di gerai-gerai berbumbung plastik di pasar-pasar awam.

Keperluan dapur sekecil-kecil berus membasuh pinggan mangkuk, penyangkut baju, pisu dan gunting yang merupakan keperluan asas untuk rumah kediaman turut dijual di kedai-kedai dan ditepi jalan. Sekurang-kurangnya ada peluang kesempatan penduduk berjual beli dan memperolehi rzeki halal.

Gaza mula melangkah dalam sektor peruncitan dan ini petanda awal bahawa sosio ekonomi yang musnah dan hancur dek serangan ganas zionis 2008/09 yang memusnahkan sega-gala keperluan asas, kini mulai dapat diperolehi di Gaza. 

Cuma bila ditanya kepada mereka dimana mereka perolehi bekalan ? Mereka menjawab "Allah maha Pengasih" ... kami dapat dari pembekal dan mungkin diperolehi melalui import dari laluan terowong di Rafah !. Ya .. oleh kerana sekatan Israel terhadap Gaza masih berjalan dan Gaza masih di dalam kepungan dan sekatan (blockade), barangan dari luar masih disekat untuk sampai ke Gaza dan penduduk Gaza masih aktif membawa masuk barang-barang keperluan untuk 1.7juta rakyatnya melalui ratusan terowong disempadan rafah dari negara jiran Mesir.









Catatan Pemerhatian Peserta Misi: Syahid adalah Kebanggaan Negara dan Rakyat di Gaza


Tidak ada yang lebih mulia dari mewakafkan diri untuk berjuang memartabatkan Islam dan membebaskan bumi ambiya' dari penjajahan dan cengkapan musuh iaitu rejim zionis dan pemimpin-pemimpinnya yang zalim. Syahid di atas jalan kebenaran dan perjuangan adalah kemuliaan tertinggi yang terserlah di dalam kehidupan rakyat Palestin. 
Tidak sahaja sebagaimana yang kita sering dengar di dalam media dan youtube, tetapi apabila kenderaan kami memasuki pintu Rafah ke Gaza City, kami lihat sendiri puluhan poster, banner, bill-board yang besar-besar memaparkan gambar-gambar syuhada' Palestin khususnya di bumi Gaza. Tidak langsung dilihat bill board iklan ubat gigi, shampoo, sabun dan apa jua yang sering dilihat di negara-negara selain Palestin...!

Gambar-gambar syuhada' dengan pelbagai tulisan, doa' dan penerangan terpampang di bill-board disempanjag jalan dan simpang empat. Bila berkesempatan bertemu mereka pula, itu juga yang diperkatakan dan bermain dibibir mereka ... mereka berbicara dan mengucap do'a akan usaha-usaha perjuangan pembebasan masjidil Aqsa dan hasrat dan hajat untuk bersolat di masjid Al-Aqsa.

Tidak hairan lah di dalam kehidupan mereka dan minda mereka ... perkara yang baik dan bersih. Keridhaan Allah dikejar di dalam kehidupan seharian. Kemenangan atau mati syahid adalah dua pilihan yang ada pada mereka baik pemimpin negara, pemimpin masjid, pemimpin NGO mahupun rakyat jelata.

Tidak hairan juga mengapa mereka adalah banga pilihan Allah yang ditugaskan mendepan rejim zionis yang zalim itu. Mereka bangsa yang hebat yang sedang berada di barisan hadapan untuk 'menyerang' dan merampas kembali Masjdil Aqsa untuk umat Islam seluruh dunia menziarahi dan bersolat di dalamnya suatu hari nanti.

"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikanNya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahwa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (QS Ali Imran : 169 - 170)

Rasulullah saw bersabda :
"Tatkala saudara-saudara kamu tertimpa musibah (meninggal), Allah menjadikan ruh-ruh mereka dalam kenikmatan yang hijau, mendatangi sungai-sungai syurga, memakan buah-buahnnya, berlindung dengan pelita-pelita yang terbuat dari emas yang tergantung di bawah Arasy. Maka tatkala mereka memperolehi kebaikan makanan, minuman dan perkataan mereka, mereka berujar ;
"Siapakah yang menyampaikan kepada saudara-saudara kami bahwa kami hidup di syurga dengan limpahan rezeki, agar mereka tidak zuhud berjihad dan tidak pernah berundur dari perang? Maka Allah Taala berfirman : " Aku yang akan menyampaikannya untuk kamu." Lalu Allah swt menurunkan ayat di atas."



Rujuk artikel yang berkaitan tajuk ini: http://www.ikram-klangat.org/2012/03/fw-ikram-ajk-diskusi-gerbang-syuhada.html

Gaza Mula Menuai Hasil Pertanian Mereka Semula

Serangan biadab dan tidak berprikemanusiaan rejim Israel terhadap Gaza pada 2008 dan 2009 khususnya telah menyebabkan pelbagai kerosakan dan kemusnahan berbilion ringgit dalam bentuk infrastruktur, kediaman, bangunan, perindustraian, pertanian dan ternakkan. Ribuan jiwa terkorban dan cedera serius dan kemusnahan masih dapat dilihat pada hari ini (2012) walaupun sudah lebih tiga tahun berlalu.

Semenjak itu, gaza benar-benar mengalami fasan yang sungguh menyedihkan dan menyukarkan. Tambahan lagi dengan sekatan (blockade) yang dilakukan Israel terhadap Gaza semenjak 2006. 
Namun Allah Maha Penyayang, terus membantu hamba-hambanya yang beriman, sabar dan berjuang. Penduduk Gaza tidak mengenal kecewa atau letih. tidak dapat dilihat kebuluran di Gaza walaupun ianya sememang sepatutnya berlaku keatas puluhan ribu rakyatnya. Namun sifat ukhuwwah yang ditanankan kedalam masyarakat Gaza oleh para ulama' dan cendikiawan seumpama Sheikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi, Dr Ismael Haniyeh dan ramai lagi pemimpin mereka, para pemimpin-pemimpin NGO dan kemanusiaan sentiasa bertungkus lumus membantu masyarakat di daerah dan di kawasan masing-masing.
Para pertubuhan NGO di Gaza sentiasa mengutamakan ahli-ahli masyarakat sikawasan mereka dan terus berusaha menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan masyarakat melalui pertanian, industri kecil, ternakkan dan sebagainya. Setiap ringgit yang mereka terima dari luar negara termasik dari Malaysia akan digunakan seoptima mungkin untuk setiap individu di dalam kawasan mereka. Mereka sentiasa memastikan agar setiap anggota masyarakat di dalam kawasan masing-masing tidak sampai kelaparan kerana tidak memiliki makanan. Mereka berusaha memastika agar setiap orang mendapat makanan walaupun hanya sekeping roti.
Di dalam perjalanan misi A2G4 kami melepasi pintu Rafah untuk ke Gaza City, kami sudah nampak di kiri kanan jalan, tanah-tanah pertanian (walapun sekangkang kera) ditanam dengan pokok-pokok sayur atau buah-buahan. Kami lihat juga sitepi-tepi jalan sudah ada orang yag menjual tembikai dan oren. Hal tersebut tidak dapat dilihat oleh peserta misi Aqsa Syarif pada misi 2010 (A2G) dan 2011 (A2G2). Ini menandakan bahawa penduduk petani di Gaza sudah mula menuai hasil pertanian mereka selepas diusahakan kembali oleh mereka selepas dirosakkan oleh serangan dan lanyakkan kerta kebal Israel di dalam serangan 2009.
Bila konvoi kami menlintasi beberapa lorong di beberapa pekan di Gaza, kami juga nampak hasil-hasil pertanian mula dijual kepada orang tamai.

Alhamdulillah, di dalam beberapa kesempatan melawat projek-projek rakyat Malaysia yang diusahaka Aqsa Syarif bersama pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan di Gaza, hasil ternakan lembu semakin membiak dan hasil yang tidak dapat diduga dalam bentuk kuantiti susu yang banyak bagi keperluan masyarakat dan dijadikan keju.

Kami sempat singgah di beberapa kebun misik penduduk dan kebun yang diusahakan oleh pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan bagi menghasilkan pelbagai jenis hasil pertanian walaupun dijalankan secara kecil-kecilan.

Rakyat Gaza terus positif dan melihat masa hadapan yang lebih cerah di bawah pimpinan pemimpin-pemimpin Hamas yang berwibawa, ikhlas dan didikasi. Mereka seolah-oleh tidak endahkan pemantauan rejim Israel melalui belon-belon berkamera di sepanjang sempadan udara Israel (tanah milik Palestin), bagi rakyat Gaza, kehidupan perlu diteruskan sebaik mungkin dan generasi muda perlu memeprolehi hak yang sewajarnya untuk mereka membesar dengan sesempurna mungkin.

Mereka juga berusaha untuk 'berdiri dikaki mereka sendiri' melalui penghasilan pertanian-pertanian seupaya mereka kerana Gaza masih dikepung dan sukar untuk makanan dibawa masuk ke Gaza.

Wednesday, May 30, 2012

Malaysia Menyertai Misi A2G4 Mendokong Pembebasan Masjidil Aqsa


Enam puluh lima (65) aktivis dari 19 negara-negara Islam dari benua Afrika, Asia dan Timur Tengah telah berjaya menyertai konvoi kemanusiaan ke Gaza dari 17 – 25 Mei 2012 (Konvoi dilanjutkan dua hari lagi iaitu 26 dan 27 Mei kerana pintu sempadan Rafah ditutup pihak Mesir).  Penyertaan Malaysia di dalam konvoi tersebut diberi nama Misi IKRAM-AQSA2Gaza dengan singkatan A2G4 dan disertai oleh lapan aktivis Palestin di Malaysia dari Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) di antaranya ialah ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) iaitu Ust Haris Bain dan Ust Lokman Awang. Dua orang ahli pemegang amanah (BoT) Aqsa Syarif mewakili Aqsa Syarif (AQSA) iaitu Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan Dr Mohd Tahir Abd Rahman turut serta.

Konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza ini diberi nama “Sad-du-rihal Alal-Qud’s ‘abul Gaza” (Perjuangan Perjalanan Ke Jerusalem Melalui Gaza) dan ianya membawa fokus terhadap pemerkasaan perjuangan Global March to Jerusalem (Lihat GMJ di sini) yang telah berjaya dianjurkan di seluruh dunia (termasuk di Malaysia - Lihat di SINI) dengan koordinasi Jawatankuasa Antarabangsa GMJ yang dianggotai oleh Dr Munir Said (Cairo), Abu Habib (Jordan) dan Sheikh Hassan Othman (Sudan).
Di antara pelan tindakan praktikal misi ini ialah mewujudkan suatu sistem “Wakaf untuk Jerusalem” atau Baitul Maqdis yang akan didirikan di Gaza. Inisiatif ini telah dimula dan dijalankan di beberapa negara Islam seperti di Jordan dan Turki di mana hasil kewangan yang dijana melalui wakaf tersebut disalorkan kepada usaha membantu umat Islam di Juresalem.
Para peserta misi dari pelbagai negara di dalam konvoi ini telah sebulat suara mengembling tenaga, fikiran dan kewangan untuk menyumbang modal bagi membangunkan kompleks yang akan menjana sumber pendapatan khusus untuk disalorkan kepada usaha-usaha kemanusiaan di Jerusalem dan membangun kepentingan perjuangan pembebasan dari cengkaman dari rejim Israel di Jerusalem.
IKRAM & Aqsa Syarif yang komited mewakili rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin telah dijemput oleh urusetia projek tersebut mewakili rakyat Malaysia di dalam inisiatif tersebut yang memerlukan modal dana yang besar.
Ketibaan konvoi di Gaza diberikan penerangan mengenai projek Wakaf Untuk Jerisalem, melawat tapak cadangan projek dan menyaksikan pelancaran serta penandatangani projek yang julung kali akan dibangunkan di Gaza. Wakil setiap negara yang menyertai projek ini akan diberikan sasaran sumbangan masing-masing pertubuhan dan ia adalah juga satu simbol kerjasama dan pengemblingan usaha seluruh ummat di dunia merentasi sempadan nagara di dalam membebaskan kota suci Baitul Maqdis milik umat Islam. 
IKRAM dan Aqsa Syarif begitu terharu di atas penghormatan dan jemputan pihak sekretariat waqaf untuk menyertai projek yang unggul dan unik ini. Syeikh Abu Habib Soud Abu Mahfuz dari International Institute of Jerusalem beribu pejabat di Jordan yang juga ketua konvoi menyeru agar perwakilan dari 19 negara yang bersidang di Cairo sebelum berlepas ke Gaza apabila balik kenegara masing-masing untuk merangka program-progran bagi penjanaan dana bagi disumbangkan di dalam projek yang unggul ini. Projek ini juga sebenarnya adalah langkah utama selepas kejayaan besar GMJ.
IKRAM & Aqsa Syarif turut menyalurkan pendahuluan kepada projek ini dengan menyumbang sejumlah RM105,000.00 (USD35,000) untuk projek tersebut. Wakil setiap negara juga menghulurkan sumbangan masing-masing sebagai komitmen kepada perjuangan ummah untuk membebeaskan Al-Aqsa. IKRAM & Aqsa Syarif akan terus mengajak rakyat Malaysia menjana sumbangan untuk projek tersebut.

 Majlis penyerahan sumbangan-sumbangan permulaan / awal kepada projek wakaf untuk Al-Aqsa tersebut diadakan di pejabat Perdana Menteri Palestin di Gaza di dalam majlis bersama Yang Amat Berhormat Dr Ismael Haniyeh bersama wakil-wakil 19 negara. Wakil-wakil NGO negara yang hadir diberi penghirmatan membarikan sepatah dua kata. Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dijemput memberikan sepatah dua kata dan beliau menyatakan sokongan rakyat Malaysia sejak sekian lama terhadap perjuangan Palestin dan kerjasama Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia di dalam inisiatif antarabangsa seperti penyertaan dalam Mavi Marmara 2010, penyertaan di dalam Global Land Convoy 2010, penyertaan di alam Global marh to Jerusalem 30 March 2012 dan lain-lain.
Aqsa Syarif terus secara sistematik menjalankan usaha-usaha kempen kesedaran Palestin di Malaysia secara berterusan dan menghulurkan sumbangan-sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di dalam sektor makanan, kesihatan, pendidikan dan sosio-ekonomi yang sedang dijalankan melalui Aqsa Syarif dan lain-lain NGO dari Malaysia. Ustaz Hari Bain mewakili Pertubuhan Ikram Malaysia menyampaikan sumbangan pendahuluan rakyat Malaysia di dalam majlis tersebut sebelum rombongan bergerak ke tapak cadangan kompleks wakaf untuk Jerusalem.

Lawatan tapak dan pelancaran peletakkan batu asas projek yang dilakukan oleh Pengarah Projek Wakaf Al-Habib Ust. Dr Ahmad Yusof Abi Halabiah telah menerangkan kepada para peserta konvoi bahawa projek yang terletak di pingir dan dipesisir bandaraya Gaza yang strategik akan dibangunkan sebuah kompleks pelbagai guna seperti pust konvension, dewan persidangan, bilik-bilik mesyuarat, ruang pameran, perpustakaan, pejabat, ruang perniagaan dan lain-lain fasiliti yang akan menjana dana melalui sewaan kepada pelbagai organisasi yang akan menggunakan pusat tersebut.
Kompleks ini bila siap nanti adalah merupakan mercu tanda dan akan melambangkan semangat kerjasama seluruh umat Islam di dalam perjuangan pembebasan Masjidil Aqsa, Jerusalem dan seluruh tanah Palestin.

Lihat juga link berkaitan MyGMJ FB:  http://www.facebook.com/MalaysiaGMJ?ref=ts