Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Monday, April 30, 2012

Misi AQSA2GAZA5 Membawa Perubatan ke Gaza


Insya Allah pada 15hb Mei ini, seramai 3 sukarelawan Aqsa Syarif akan menyertai konvoi misi perubatan dari Jordan ke Gaza. Misi akan bertolak dari KLIA menuju Cairo kemudaian akan berkumpul di Cairo bersama rombongan misi dari kota Amman, Jordan. Konvoi Amman Jordan turut disertai sukarelawan dari Beirut Lubnan dan dianggarkan disertai sekitar 130 sukarelawan.
Misi A2G5 (AQSA2GAZA5) telah diterima menyertai konvoi besar tersebut yang juga memberi fokus kepada bantuan perubatan yang sangat-sangat diperlukan di Gaza. 
Ketika misi A2G2 pada Ramadhan tahun lalu, Aqsa Syarif telah menghulurkan sumbangan perubatan sejumlah USD10,000.00 (RM30,000.00) ubat-ubatan yang sangat-sangat diperlukan di Gaza (Lihat di SINI).
Misi A2G2 juga melawat dan menyampaikan sumbangan di Hospital Kanser Kanak-kanak Ranrissi (Lihat di SINI).  Projek tersebut telah bermula ketika lawatan sulung dalam misi A2G (Lihat di SINI). 


Ketika di dalam perjalanan balik, Misi A2G2 sekali lagi membeli ubat-ubatan dengan nilai USD40 (RM120,000) di Cairo bagi dihantar ke Gaza.


Ubat-ubatan masih menjadi di antara barangan-barangan yang sukar diperolehi di Gaza. Dengan ekonomi yang masih kritikal hasil dari blockade dan serangan rejim Israel, penduduk Gaza masih memerlukan bantuan luar khususnya dari masyarakat Islam. 
Aqsa Syarif terus menghulurkan sumbangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di Hospital Rantissi. Dengan ganguan bekalan elektrik yang sering beraku, proses perubatan sering terganggu dan boleh membahayakan pesakit khususnya bagi mereka yang memerlukan rawatan dialisis. 
Di dalam misi B2G/A2G3 pada Januari 2012, Pengerusi Board of Trustee AQSA telah menghulurkan sumbangan sejumlah RM50,000.00 bagi pembelian alat Uninterrupted Powar Supply (UPS) untuk beberapa alat di hospital berkenaan.


Misi A2G5 akan diketuai oleh Aktivis AQSA dari Perlis iaitu En Mohamed Radzi Abdul wahab bersama dua aktivis lagi iaitu En Zairi Suboh dan En Abdul Wahab Yahya. Mereka semua terpilih kerana aktivisma yang dibuktikan di dalam perjuangan menjalankan kempen Palestin secara berterusan tanpa mengenal penat. 
En Mohamed Radzi adalah YDP Ikram Perlis dan pada masa yang sama adalah Pengurus Aqsa Syarif Perlis. Saudara Zairi adalah AJK Aqsa Syarif Melaka manakala En Abdul Wahab adalah Pengerusi Aqsa Syarif Kedah. En Abdul Wahab pernah mengikuti konvoi A2G-VP5 dan kegigihan beliau semakin terserlah dengan aktiviti yang dijalankan diseluruh Kedah. Beliau juga telah mengeluarkan minuman mineral berjenama AQSA seagai inisiatif beliau menjana kewangan untuk membantu Palestin. 
Aqsa Syarif akan terus mengamblingkan tenaga bersama-sama masyarakat untuk mempertingkatkan lagi penglibatan semua pihak bagi menyumbang di dalam perjuangan pemebbasan Palestin. Aqsa Syarif terus berusaha memaksimakan saluran bantuan dan berikut adalah di antara projek-projek yang telah berjaya dan sedang giat dilaksanakan (lihat di SINI). 
Mudah-mudahan misi kali ini akan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia menyumbang dengan sebanyak-banyaknya bagi dibawa oleh peserta misi A2G5 pada pertengahan Mei ini.


UPDATE Misi A2G5 sila lihat di SINI.

Tuesday, April 24, 2012

Taklimat ringkas Palestin di IMU




Sabtu, 21 April 2012 -
 Bertempat di Lecture Theatre 2, International Medical University (IMU), Bukit Jalil dari jam 8:30 pagi sehingga 1:00 tengahari, satu sesi taklimat yang disampaikan oleh Akhi Hanizam, pameran dan kutipan tabung Palestin telah diadakan bersempena dengan program bersama Ustazah Fatimah Syarha anjuran Muslim Society. Program fund raising ini adalah antara aktiviti Aqsa Syarif Subang Jaya dengan kerjasama sukarelawan dari HELP College.

Sambutan yang diterima dari kalangan penuntut khususnya untuk menjadi sukarelawan, adalah amat menggalakkan. Kutipan adalah sebanyak RM 1,050 manakala jualan sebanyak RM 351. Alhamdulillah dan jazakallahu khairan kepada semua yang terbabit.

Monday, April 23, 2012

Palestin: Pejuang Ummah Di Barisan Hadapan

Walaupun mereka disakiti, dijajah, dipenjarakan, disiksa, dibunuh, dinafikan hak sebagai manusia, dinafikan makanan, pendidikan, perubatan, tempat tinggal .... dan semua keperluan asas, namun mereka terus bertahan dan melawan. Terus memelihara hak di tanah tempat mereka dilahirkan, terus memelihara bumi ambiya', bumi umat Islam. Mereka terus teguh berjuang memelihara bumi Masjidil Aqsa. Tanpa mereka hirau akan diri mereka sendiri, akan nyawa mereka, akan keluarga mereka ... mereka terus maju kehadapan, terus berjuang, terus melawan musuh ummah sejagat, musuh kemanusiaan...!

Kerana mereka tahu bahawa mereka (rakyat Palestin) adalah pejuang, mereka sedar bahawa mereka dipilih Allah untuk menjadi tentera-tentera Allah di barisan hadapan, mereka tahu bahawa kemenangan akan memihak kepada kebenaran.

Mereka mengutamakan keimanan berbandaing kesenangan sementara di dunia. Mereka mendahulukan jihad dari rehat. Mereka tahu bahawa syurga Allah yang penuh kenikmatan menunggu mereka seandainya mereka syahid. Mereka berjuang "untuk meraih kemenangan atau mati syahid".
Mereka juga sedar bahawa perjuangan ini sudah mengorbankan ribuan syuhada', para ulama', para pemimpin, para pejuang, para pemuda, wanita-wanita mahupun kanak-kanak ..!, namun itu adalah harga yang perlu dibayar untuk pembebasan Al-Aqsa. Mereka akan terus mara kehadapan dimedan juang ... di segenap kesempatan ... disegenap peluang...!

Mereka faham benar akan sabda Rasulullah S.A.W daripada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a:
“ Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama2 kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya” (Bukhari)

Mereka faham benar kata-kata Ulama' mereka As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin: "Kami telah memilih jalan ini (jalan jihad) dan ianya akan berakhir dengan syahid atau kemenangan’. Itulah pilihan yang ada bagi mereka yang menyahut seruan jihad untuk membebaskan al-Aqsa."


Mereka tahu, mereka faham, mereka sedar ... bahawa inilah pejuang kebenaran. Mereka yakin bahawa rejim zionis adalah sekeji-keji kefahaman, sekeji-keji rejim, sezalim-zalim rejim. Mereka lemah..! mereka pengecut..! mereka terdesak..!

Ulama' pejuang Syeikh Ahmad Yassin juga telah mengesahkan akan hakikat perjuangan rakyat Palestin di dalam berdepan dengan tenter-tentera zionis pengecut... 


"kebaculan tidak ada sama sekali dalam kamus perjuangan rakyat Palestin. ‘Kamu akan dapati kami akan mati menghadapi kamu dan bukan membelakangkan kamu.’ Lantaran itu kita tidak akan dapati pejuang Palestin melarikan diri dari medan perjuangan. Mereka akan hadapi musuh dengan penuh rasa ‘izzah dan kemuliaan Islam. Sebaliknya anjing-anjing Zionislah yang ketakutan berselindung disebalik peralatan perang yang canggih. Mereka menyangka senjata-senjata itu boleh melindungi mereka. Bahkan mereka diberitakan berak-kencing dalam kereta kebal mereka lantaran takut berhadapan dengan pejuang-pejuang Palestin yang terdedah di luar sana tanpa sebarang perlindungan."

Zionis mesti dilawan...!

Zionis mesti ditumbangkan ...!
Zionis mesti dikalahkan ...!
Zionis mesti diheret kemuka pengadilan ...! Di Mahkamah yang Adil...!
Zionis mesti dihancurkan ...! mesti dihapuskan....!

Kini di segenap inci bumi ambiya', bumi Palestin di nodai zionis. Mereka terus melakukan kesosakan, penindasan dan kezaliman di luar pri-kemanusiaan. Mereka menahan sesuka hati rakyat. Memisahkan bapa dari isteri dan anak-anak dengan memenjara puluhan ribu pejuang Palestin di penjara-penjara yang tidak langsung sesuai. Mereka menafikan untuk keluarga menziarahi para tahanan yang tidak bersalah..! Sehingga para pejuang kini sedang mengadakan protes 'mogok lapar'  agar suara penderitaan mereka di dengar oleh dunia dan umat Islam..!



ADAKAH KITA HARUS BERDIAM DIRI ..?!

Lihat bukti perjuang-pejuang Allah ini ..... baik yang dewasa mahupun pemuda. Baik remaja mahupun kanak-kanak. Yang laki-laki wahupun yang wanita ... rakyat Palestin adalah mujahid-mujahid di barisan hadapan perjuangan...!

Lihat di SINI: Video Klip Pejuang "Palestine - Like Never Before".
Lihat di SINI: Video Klip "I Resist".
Lihat di SINI: Video Klip: "Palestine: Today I Stand UP".
Lihat di SINI: Video "Third Intifada', May 15, 2011."
Lihat di SINI: Video Keberanian wanita-wanita Palestin mendepani tentera2 Israel.


Bagi mereka yang beroleh hidayah dan kesedaran, mereka tidak berdiam diri. Di luar negara, mereka mula mengumpul tenaga, merancang untuk membantu perjuangan para mujahid di Palestin.

The Freedom People;
Lihat di SINI: Rakaman Worlds VS Israel.
Lihat di SINI: Turkish Army Will Destroy Israel (?)
Lihat di SINI: Documentary Turkey vs Israel.



Lihat di SINI: Liputan Turkey&Egypt VS Isralel.

Sunday, April 22, 2012

Do'a itu Senjata Mukmin, teruskan berdoa.

Dalam melalui liku-liku perjalanan jihad dan mujahadah, sering juga kita diuji Allah. Diuji dengan gendala-gendala sepanjang perjalanan. Kadang-kadang Allah uji dengan penyakit yang menimpa diri pejuang. Ujian ini ada hikmahnya, ujian ini sebagai petanda kasihNya Allah kepada hamba-hambanya yang beriman dan bersyukur. Berikut adalah do'a yang dikirim seorang sahabat, kepada sahabat seperjuangan yang sedang diuji Allah, sama-sama kita baca dan aminkan.


Ya Allah...
Kau berikanlah kepada saudaraku ini....
Kekuatan...
Ketabahan...
... Dan....
Kau kurniakanlah kepadanya...
Kesembuhan...
Kesihatan...
Kejahteraan..dan...
Ketenangan...
... Moga....
Kau izinkan kami untuk terus bersama....
Menelusuri jalan keredhaanMu...
Menerusi jamaah ini...
Untuk Islam...
Untuk ummah...
Untuk Palestin....
.... Kerna....
Aku mengasihi saudaraku ini...
KeranaMu ya Allah...
Hanya padaMu tempat kami memohon..
Dan tiada daya kami...
Untuk mengengkari tadirMu...
... Maka...
Ku mohon padaMu...
Perkenankanlah...
Doa dan pintaanku ini...
.... Agar....
Kami dapat terus bersama....
Menikmati kemanisan perjuangan ini...
Esok...lusa dan seterusnya....
Sesungguhnya....
Engkau Maha Pemberi Perkenan...
Maka perkenankanlah ya Allah...

Akhi Maliki,
Doa ana akan sentiasa mengiringi enta...
Moga Allah kurniakan yang terbaik untuk anta dan keluarga...
Amin Ya Rabbal 'Alamin.



Sahabat Seperjuangan

AQSA Hulu Selangor Anjur Pertandingan Golf Amal Palestine (PGAP 2012)





Sabtu, 21 April 2012 - Alhamdulillah, Aqsa Syarif Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Pertandingan Golf Amal Palestine (PGAP 2012) di Perangsang Templer Golf Club, Rawang. Seramai 60 orang pemain golf (15 flight) terlibat bagi menjayakan program amal ini. Pertandingan ini turut mendapat sokongan daripada peserta dari berbilang kaum. Kuitpan kasar yang berjaya dikumpulkan untuk Palestine berjumlah RM10, 000 (tidak termasuk kutipan tabung). Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Aqsa Syarif, Dr Hafidzi Mohd Noor.Meskipun hujan di pertengahan pertandingan, peserta tidak berganjak meneruskan pertandingan golf amal Palestine ini. From The River TO The Sea, Palestine Will Be Free!!!.


Pada keesokan harinya (Ahad) Aqsa Syarif Daerah Hulu Selangor juga telah menganjurkan Charity Sales untuk Palestin. Program selari anjuran bersama IKRAM Hulu
Selangor, Aqsa Syarif Hulu Selangor dan BAIP (Badan Agama Islam Perodua) :

1) Mahligai Kasih bersama Pak Utih.

2) Charity Sale for Palestine.

Hasil jualan secara kasar ialah RM968.10

Kutipan sumbangan akan dimaklumkan kepada Aqsa Syarif HQ.

Tajaan Anak Yatim Palestin dan Keluarga Miskin Palestin (AYP/KMP) terus dipromosikan - 3 individu berminat (seorang dah isi borang).

Tahniah kepada Pengurus Aqsa Syarif Hulu Selangor di atas usaha berterusan dan pelbagai kreativiti kempen kesedaran Palestin dan penjanaan dana bantuan untuk pembangunan semula Palestin.








Aqsa Syarif Luluskan Projek USD1.15 juta di Gaza


21 April 2012 (Sabtu), Mesyuarat Board of Trustee (BoT) Aqsa Syarif yang dipengerusikan pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah meluluskan cadangan projek  The Malaysian-Palestinian Industrial Village (MyPIV)  di Gaza, Palestin. 

Berdasarkan reputasi agensi kemanusiaan di Gaza yang bekerjasama dengan Aqsa Syarif di dalam beberapa projek yang cemerlang seperti projek Kilang Roti, Ternakan Lembu, Kilang Keji, Ternakan Ikan dan lain-lain (lihat di SINI), Aqsa Syarif yakin bahawa projek MyPIV akan dpat dijalankan dengan jayanya Insya Allah. Cadangan projek bernilai USD1.15 juta (RM3.5juta) dicadangkan bagi mengatasi masalah yang sangat kritikal di Gaza selepas sekatan oleh Israel dan serangan bersenjata Israel ke atas Gaza yang memusnahkan banyak klang-klang dan industri berbagai saiz dan jenis yang menyebabkan kehilangan lebih 75,000 pekerjaan dan kekurangan barangan keperluan di Gaza. Dari sejumlah 3,900 kilang, 3,500 telah tidak berfungsi. 
Projek MyPIV menggunakan pendekatan komprehensif yang akan ditempatkan di sekeping tanah berkeluasan 5000 meter persegi. Beberapa industri akan dibangunkan merangkumi pelbagai jenis pembuatan seperti bengkel kayu, bengkel aluminium, bengkel besi, bengkel rotan/buluh, bengkel elektronik, bengkel  aplikasi perisian, bengkel jahitan, pusat latihan dan pengurusan dan lain-lain.

Selain itu, tanam-tanaman kontan berupa sayur-sayuran penting untuk keperluan rakyat Gaza yang masih disekat juga akan diwujudkan.

Objektif utama projek MyPIV adalah;
  • Membangunkan sebuah perkampungan Industri.
  • Menghasilkan produk-produk untuk keperluan domestik.
  • Menyumbang kepada pembangunan semula sektor perindustrian selepas  kemusnahan diseabkan serangan Israel
  • Memberikan peluang pekerjaan.
  • Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan belia.
  Cadangan pembangunan industri dengan pendekatan komuniti tersebut akan berupaya menawarkan pekerjaan kepada golongan laki-laki dan wanita di samping sebagai tempat latihan dan pembangunan upaya tenaga di Gaza yang ketika ini sangat-sangat diperlukan.
Sumber kewangan dari Malaysia sedang dan akan dijana melalui sumbangan orang ramai dan penajaan khusus dari orang-orang perseorangan, pertubuhan-pertubuhan, syarikat-syarikat korporat mahupun agensi-agensi kerajaan yang sudah dikenalpasti. Sehingga kini Aqsa Syarif telah mengenalpasti lebih 25 persatuan-persatuan yang dijangka dapat membantu menjayakan projek ini melalui aktiviti pengemblingan tenaga mengadakan kempen dan kutipan dana.

Aqsa Syarif sebagai koordinator projek di peringkat Malaysia akan menyalurkan sumbangan dana secara berperingkat termasuk latihan-latihan yang akan dijalankan oleh beberapa ahli pakar / pelatih  dari Malaysia.

Dokumen persetujuan akan ditandatangi oleh kedua-dua pihak Malaysia dan Palestin pada lawatan perwakilan dari Malaysia yang akan mengunjungi Gaza beberapa minggu lagi, iaitu di dalam Misi IKRAM-AQSA2Gaza (A2G4) yang akan berlepas dari Kuala Lumpur menuju Gaza pada 15 Mei 2012 (lihat di SINI).

Semoga Allah memeprmudahkan usaha murni bagi membangun semula sektor penting di Gaza yang kini sangat-sangat diperlukan bagi membangun semula aspek sosio-ekonomi di Gaza setelah cuba dimusnahkan oleh rejim zalim zionis Israel.

****************************
Rujukan Mengenai Kemusnahan Gaza Selepas Serangan Biadab Zionis Israel:

Lihat di SINI: Kemusnahan perindustrian di Gaza oleh Israel.
Lihat di SINI: Kilang Keju yang musnah dalam serangan Israel 2008/09... perlu dibangunkan semula.
Lihat di SINI: Kemusnahan di Gasa oleh Israel http://journeytogaza.blogspot.com/2010/04/dont-say-cheese-in-gaza.html
Lihat di SINI: 3800 kilang dan bengkel dimusnahkan Israel di Gaza.
Lihat di SINI: Kilang musnah, pekerjaan hilang .. oleh serangan Israel di Gaza.
Lihat di SINI: Kilang musnah diserang Israel.