Wakil Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Aqsa Syarif telah dijemput oleh Palestinian Cultural Organisation of Malaysia (PCOM) untuk bertemu dengan wakil Hamas di pejabat PCOM baru-baru ini.
Sheikh Osama Hamdan yang baru tiba di Malaysia adalah salah seorang pemimpin kanan Hamas yang memegang portfolio hubungan antarabangsa yang juga merupakan jurucakap Hamas yang berpejabat di Lubnan. Osama adalah di dalam rangka lawatan untuk meningkatkan hubungan dengan pelbagai pihak termasuk NGO yang bergiat di dalam usaha-usaha pembelaan rakyat Palestin.
Wakil pertubuhan Ikram Malaysia diwakili oleh Jawatankuasa Pusatnya (JKP) iaitu diwakili oleh Prof Dr Alauddin, Tn Hj Wan Subki Wan Salleh (Pengerusi Jawatankausa Luar Negara Ikram - JKLN) dan En Wan Yusof, Eksekutif di Pejabat JKLN. Manakala Aqsa Syarif diwakili oleh beberapa orang ahli pemegang amanah (BoT) iaitu Dr Fauziah Hassan, Dr Tahir Abdul Rahman, Dr Ir Selamat Aliman, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan Tn Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar. Turut hadir ialah pegawai-pegawai PCOM termasuk pengerusinya En Muslim Imran.
Pertemuan selama lebih kuran dua jam membincang dan mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan pencapaian semasa Hamas di dalam usaha-usaha membela rakyat Palestin dan membebaskan bumi anbiya' tersebut dari penjajahan rejim haram Israel.
Sheikh Osama menjelaskan usaha-usaha gerakan Hamas yang dilakukan secara berperingkat, berasaskan manhaj Islam dan berterusan. Intifada' yang digerakkan semenjak 1987 adalah suatu menifestasi dari suatu aspirasi dan gerakan penentangan yang tulin terhadap perjuangan sebenar rakyat yang mahukan suatu perubahan yang jelas berlaku di dalam usaha mendapatkan kembali hak rakyat Palestin.
Gerakan yang tersusun rapi dan berasaskan pendidikan Al-Qur'an serta sirah Nabi S.A.W adalah asas kepada kemajuan perjuangan Hamas. Di dalam mendepani kawan mahupun lawan, Hamas berpegang kepada panduan asas prinsip hukum dan pada masa yang sama memahami tuntutan semasa dan masa hadapan.
Sheikh Osama juga berkongsi maklumat berkenaan kejayaan terkini kerajaan Hamas di dalam berdapan dengan serangan biadab Israel. Kekuatan persenjataan yang dibina secara sendiri an oleh sayap tentera Izuddin Al-Qassam dengan penghasilan roket-rokat peluncur yang ditujukan ke tanah Palestin yang diduduki Israel termasuk ke Tel Aviv di antara 14 Nov - 21 Nov 2012 adalah suatu kejayaan terkini Hamas sehingga dapat menghentikan dan menundukkan serangan rejim zionis keatas Gaza. Pengalaman menangani serangan rejim Israel pada 2008/09 juga membantu pencapaian kejayaan di dalam mendepani Israel yang sebenarnya pengecut.
Di dalam
aspek politik, kebijaksanaan para pemimpin yang berpegang kepada prinsip
perjuangan yang jelas telah memungkinkan Hamas menempa kejayaan demi kejayaan
di dalam meraih sokongan antarabngsa khususnya dari negara-negara Islam yang kini mulai mengalami suatu perubahan yang amat positif berikutan fasa arab-spring.
Beliau yang mewakili pimpinan Hamas di dalam dan di luar Palestin berterima kasih kepada Pertubuhan Ikram dan Aqsa Syarif kerana telah menjadikan
isu Palestin sebagai agenda perjuangan dan telah menyalurkan pelbagai bantuan
kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Beirut, Tebing Barat mahupun di
Semenanjung Gaza. Bantuan kemanusiaan yang disalurkan oleh Aqasa Syarif
(sebagai agensi Ikram yang memberi fokus kepada perjuangan Palestin) telah
sedikit sebanyak membantu rakyat Gaza menjalani hidup normal. Beberapa sektor
iaitu makanan, kesihatan, pendidikan dan sosio-ekonomi telah dibantu oleh Aqsa
Syarif melalui pelbagai projek seperti pembinaan bangunan sekolah, kilang roti,
kolam Ikan, ternakan lebu, pusat jahitan, pusat komuniti wanita, projek
pembiayaan qardhul hassan (micro credit) dan lain-lain (Lihat di SINI).
Terkini,
Aqsa Syarif menumpukan kepada bantuan kecemasan di mana lebih RM5juta telah
berjaya dikumpulkan dan telah disalurkan bagi membangun semula Gaza di dalam
program bantan kecemasan A2G-ER yang diwujudkan sebaik serangan rejim Israel
terhadap Gaza pada 14 Nov 2012.
Pertemuan
ringkas tersebut kemudiannya disudahi dengan perbualan santai di meja makan dengan selang seli kisah
lucu yang dibawa oleh Sheikh Osama yang begitu banyak pengalaman suka duka sebagai
rakyat Palestin yang dilahirkan di Gaza yang terpaksa berada di luar negara
kerana tugasan merancang dan berusaha untuk membebaskan Palestin keseluruhannya
dari rejim haram Israel.