Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, December 7, 2012

Khaled Meshaal Kunjungi Gaza Selepas 45 Tahun Petanda Kemenangan Perjuangan Hamas






Khaled Meshaal – Pemimpin Utama Politik Palestin yang berada di dalam buangan, melangkah ke bumi Palestin buat kali pertama dalam 45 tahun pada hari Jumaat 7hb Dis 2012 untuk menghadiri "perhimpunan kemenangan" di Semenanjung Gaza, memaparkan keyakinan barunya itu selepas kemenangan menundukkan Israel selepas 8 hari keganasan rejim zionis itu cuba mengganyang Gaza dan penduduknya.
Diiringi oleh timbalannya, Mussa Abu Marzuk, dan lain-lain pegawai kanan, Meshaal memandu melalui sempadan Rafah dan kemudian keluar dan sujud ke bumi menandakan kesyukuran kepada Allah sebelum menerpa dan memeluk Perdana Menteri Semenanjung Gaza iaitu Dr Ismail Haniya.
Meshaal, yang tidak melawat Wilayah Palestin sejak meninggalkan Tebing Barat pada umurnya 11 tahun, muncul memberanikan diri mendepani konflik lapan hari yang berakhir dengan gencatan senjata di atas inisiatif dan rundingan di bawah naungan Presiden Murshi Mesir.
Khaled Meshaal 56, mula menerajui kepimpinan gerakan Hamas selepas pemimpin terdahulu Abdul Aziz al-Rantissi terbunuh pada 2004. Beliau dilahirkan pada 28 Mei 1956 di Silwad,sebuah kampung di utara Ramallah dan berpindah ke Jordan pada 1967.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Fizik dari Universiti Kuwait ini mula menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin pada 1971. Selepas Gerakan Pembela Islam atau Hamas diasakan oleh Sheikh Ahmad Yassin pada 1987, Meshaal dilantik untuk memimpin cawangan gerakan itu di Kuwait sebelum beliau berpindah ke Jordan pada 1991.
Pada 25 september 1997, Mossad pernah merancang untuk membunuh beliau,namun ia berjaya digagalkan selepas Meshaal diberikan penawar racun. Pada Ogos 1999,Raja Abdullah mengusir Hamas dari negara itu selepas mendakwa gerakan tersebut menggunakan negara itu untuk kegiatan militan.
Susulan daripada insiden tersebut,Meshaal tinggal sementara di Qatar sebelum berpindah ke Damsyik pada 2001,sekali gus mengetuai biro politik Hamas di Syria. Sepanjang beliau memegang pucuk pimpinan Hamas,Meshaal pernah terlibat dengan rundingan perjanjian pertukaran tahanan yang membebaskan 1,027 tahanan Palestin dan askar Israel,Gilad Shalit pada tahun lalu.
Pada 19 Jun 2008, hasil persetujuan beliau bersama Israel dan Mesir sebagai Negara pengantaran,satu gencatan senjata berjaya dikuatkuasakan.

Pemimpin Hamas yang menyokong kebangkitan kumpulan pemberontak di Syria tersebut juga pernah menduduki tangga ke-18 dalam ’50 lelaki paling berpengaruhi di dunia’yang dipaparkan dalam majalah Britain,New Statesman pada 2010.
Khaled Meshaal  pernah menyatakan “Siapa yang memulakan dahulu, penjajahan/perampasan atau perlawanan (resistant)?”
Beliau menegaskan: ”Israel memulai dahulu dengan menjajah dan sebagai reaksi atas itu, muncullah perlawanan/tentangan (resistant)”
Sejak Hamas memenangi pilihanraya umum pada Januari 2006. Meshal ditugaskan untuk menjadi perwakilan Hamas dalam pembicaraan dengan Mesir dan Rusia, juga kepada Liga Arab (EPA). Khaled Meshal adalah seorang pimpinan politik senior Hamas, sebuah gerakan resistant Palestina, sejak 1995.
Kedatangan Meshaal ke Gaza, beliau bertemu dengan sejumlah anggota gerakan Palestina dari beberapa kelompok yang wujud di Palestin dan penduduk Gaza termasuk juga keluarga para pejuang yang Syahid di dalam menentang Israel.
Kunjungannya dilakukan menyusul gencatan senjata yang mengakhiri kekerasan yang berlangsung antara Hamas yang berkuasa di Gaza dan Israel mulai 14 Nov 2012 selama 8 hari.
Hamas telah memerintah di Gaza sejak 2007 lalu. Hamas disebut sebagai organisasi teroris oleh Israel, Kesatuan Eropah dan USA.
Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri mengatakan dalam sebuah pernyataan bahwa kunjungannya merupakan “natijah dari kemenangan dari perlawanan terhadap pendudukan.” Sebuah pertemuan di gelar pada Sabtu bersamaan dengan kunjungannya selama tiga hari.
Meshaal mengatakan dia lahir di Tepi Barat pada 1956. Dia pindah ke Kuwait pada 1967 setelah perang Timur Tengah dan kemudian Yordania, dan dia mulai terlibat dalam Hamas dimulai. Meshaal dipenjara di Yordania sebelum dibuang ke Qatar. Dia menjadi pemimpin politik Hamas yang berada di pengasingan pada 2004, setelah pendirinya Sheikh Ahmed Yassin, dibunuh oleh Israel.
Koresponden BBC mengatakan Israel – yang bersama dengan USA dan Kesatuan Eropah menganggap Hamas sebagai organisasi teroris – tampaknya akan menutup mata berkaitan dengan kunjungan tersebut.
Menteri Luar Negeri Israel Yigal Palmor mengatakan bahwa Israel tidak memberi sebarang ulasan mengenai siapa yang memasuki Gaza dari Mesir. “Kami tidak membeda-bedakan kedudukan individu di dalam Hamas,” kata nya sebagaimana dilaporkan berita AP.
“Hamas adalah Hamas adalah Hamas,” kata nya.
Skeitar 170 warga Palestina dan enam Israel terkorban pada serangan yang dilakukan pada bulan lalu yang disebut merupakan balasan atas penembakan roket ke negara tersebut.
Hamas menyebut dirinya sebagai pemenang karena Israel sepakat untuk melakukan gencatan senjata. Hamas ditubuhkan secara rasmi pada 1987 setelah memulai gerakan intifada menentang pendudukan Israel di Tepi Barat dan Gaza.

No comments:

Post a Comment