Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, December 7, 2012

Pengerusi BoT AQSA ketuai Misi A2G10-ER ke Gaza

Misi membawa sumbangan rakyat Malaysia ke Gaza dimulai dengan pemergian tiga orang Ahli Pemegang Amanah (BoT) Aqsa Syarif. Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor, Ir Dr Selamat Aliman dan Dr Fauziah Hassan berlepas dari KLIA 10.00 malam melalui mis
i Aqsa2Gaza10 - ER. Aqsa Syarif mula mengedarkan bantuan kemenusiaan di dalam bentuk makanan, ubat-ubatan, tilam dan selimut pada hari ke-2 Israel menyerang Gaza (15 Nov 2012). Sehingga ke saat ini sejumlah RM800,000 telah dihantar ke Gaza oleh Aqsa Syarif hasil sumbangan rakyat Malaysia. Misi A2G10-ER bertujuan melakukan tinjauan berhubung keadaan di Gaza selepas serangan dan bentuk-bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan. Aqsa Syarif telah merancang tiga lagi misi selepas ini iaitu A2G11-ER yang akan disertai oleh Afdlin Shauki pada 3 Dis 2012, A2G12-ER dan A2G13-ER pada akhir Dis 2012.



No comments:

Post a Comment