Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, December 15, 2012

TV Alhijrah anjur program Demi Palestin di Kompleks Pusat Islam, 23 Disember


Di muzeum kesenian Islam, sidang media 'Demi Palestin' anjuran TV Hijrah yg melibatkan semua NGO berkaitan Palestin. Afdlin Shauki (Duta Aqsa Syarif), sedang berkongsi pengalaman di Gaza.



ARKIB : 15/12/2012

TV Alhijrah anjur program Demi Palestin di Kompleks Pusat Islam, 23 Disember


BUKHARI Che Muda (tengah) bersama pemimpin-pemimpin NGO dan artis yang menjayakan tabung derma Program Demi Palestin di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Dis. - TV Alhijrah akan mengadakan program Demi Palestin di Dataran Hijrah, Kompleks Pusat Islam di Jalan Perdana di sini, 23 Disember ini bertujuan menyuntik kesedaran orang ramai terhadap kepentingan membela nasib penduduk Palestin yang ditindas rejim Zionis Israel.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda berkata, program kemanusiaan itu menggabungkan usaha murni pelbagai agensi dalam mengumpul sumbangan dan dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.
"Program ini turut menggabungkan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Aman Palestin, Viva Palestina Malaysia, Haluan, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Aqsa Syarif dan Islamic Relief Malaysia (IRM)," katanya.
Beliau berucap melancarkan program itu di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.
Menurut Bukhari, program yang bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam itu akan menampilkan beberapa artis terkenal tanah air, karyawan dan personaliti TV Alhijrah yang akan terlibat dalam aktiviti jualan amal.
"Kira-kira 40 peniaga juga sudah menyatakan kesudian untuk terlibat dalam aktiviti jualan amal itu dengan menawarkan pelbagai barangan antaranya buku dan pakaian.
"Acara kemuncak program itu pula ialah persembahan para artis menerusi segmen Malam Demi Palestin yang akan dibawakan secara langsung dari Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam pada pukul 9 malam," katanya.
Sehubungan itu, tambah Bukhari, beliau berharap orang ramai dapat hadir memberi sokongan kepada program itu dalam memastikan lebih banyak sumbangan dapat dikumpulkan demi membantu penduduk Palestin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121215/dn_16/TV-Alhijrah-anjur-program-Demi-Palestin-di-Kompleks-Pusat-Islam,-23-Disember#.UMxUGcpzl_8.facebook#ixzz2FBGaGIhA
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment