Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, December 7, 2012

Kepimpinan Aqsa Syarif Melawat Mangsa-mangsa Di Gaza











Alhamdulillah, Pemimpin-pemimpin Aqsa Syarif yang terdiri dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Bendahari telah berjaya memasuki Gaza pada 30 Nov 2012 melalui misi kemanusiaan Relief dan Recover A2G10-Emergency Relief. Kami juga menyaksika
n kezaliman Israel ke atas kanak-kanak, wanita dan orang tua. Hampir 50% daripada mangsa serangan terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua. Berikut merupakan statistik kematian dan kecederaan: • 163 terbunuh. 43 daripadanya kanak-kanak, 15 wanita dan 18 orang tua • Lebih 1,200 mengalami kecederaan. Ini termasuk 431 kanak-kanak, 207 wanita, 88 orang tua • 213 rumah musnah atau mengalami kemusnahan teruk dan 1500 memerlukan pembaikan • Lebih kurang 10, 000 orang kehilangan rumah dan kini tinggal di khemah perlindungan.

Dr Fauziah Hassan yang juga seorang doktor pakar yang bertugas di Ampang Puteri Specialist Hospital telah berpeluang melawat para mangsa serangan zionis yang masih menerima rawatan di Hospital di Gaza. Aqsa Syarif telah menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan di Gaza dan sehingga saat ini sejumlah RM1.6 juta sudah disalurkan ke Gaza bagi menampung keperluan kritikal makanan dan perubatan. Teruskan menyumbang ke akaun AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904.



as-syahidah sara muhammad 4 thn salah seorang dari keluarga seramai 14 orang yg terbunuh dari keluarga al Dholu dlm serangan ke atas Gaza. baju beliau kami bawa balik sebagai testimoni kebiadapan israel. 'Selamatkan kanak-kanak Gaza'. Beliau dibawa ibunya berpindah ke rumah datuk mereka kerana rumah mereka dekat sempadan israel. menyangka mereka lebih selamat berlindung di rumah datuk.... di tengah bandar.

No comments:

Post a Comment