Alhamdulillah, delegasi yang terdiri dari ahli-ahli pemegang amanah (BoT) Aqsa Syarif telah berjaya memasuki Gaza.
Di antara serangan yang dilakukan Israel ialah menghujani penduduk Gaza dengan bom-bom seberat 1000 kg setiap satunya yang digugurkan. Di antaranya F-16 yg membunuh as-syahid Ahmed Ja'bari - pemimpin briged al Qassam. Bom yang sama juga digunakan ke atas penduduk Gaza. Maklumat dari Gaza menyebut Israel menyesali tindakan ini kerana mereka tidak menyangka roket hamas bolih sampai Tel Aviv dan Jerusalem sejauh lebih 75km dari Gaza.
Ehud Barak, Menteri pertahanan Israel dilaporkan meletakan jawatan dan meninggalkan politik terus hasil dari gencatan senjata yang merupakan tekanan dari pihak Hamas kepada Israel. Ini adalah sebahagian dari kejayaan awal perjuangan Palestin.
Dr Fauziah, doktor Pakar di sebuah hospital pakar di KL, juga ahli BoT, turut menyertai misi A2G10-ER dan berkesempatan melawat para mangsa yang dicederakan oleh serangan Israel di Gaza
No comments:
Post a Comment