Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, December 7, 2012

Afdlin Duta Aqsa Syarif Ke Gaza Untuk Misi Emergency Relief



Afdlin Shauki dan Jozan (Zizan & Johan) bergambar bersama pengerusi Aqsa Syarif dan dua orang ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif, Pak Utih (Hj Ahmad Shafiai) dan Dr Mohd Tahir selepas sidang akhbar mengumumkan misi Aqsa ke Gaza (A2G10
-ER) dan perlantikan Afdlin Shauki sebagai duta rasmi Aqsa Syarif. Sidang akhbar ini berlangsung di Hotel Singgahsana, PJ pada 28 November 2012. Mudah-mudahan sokongan dari ikon dan pelawak terkenal tanah air akan meningkatkan lagi sokongan rakyat dari semua lapisan masyarakat kepada rakyat Palestin. (pic credit Pak Utih @ Ahmad Shafiai)



Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia Ustazah Maznah Daud sedang memberi ucapan dalam Majlis sidang media Aqsa Syarif mengumumkan misi Aqsa ke Gaza (A2G10-ER) dan perlantikan Afdlin Shauki sebagai duta rasmi Aqsa Syarif. Ustzh Maznah akan 
bersama Afdlin Shauki dan crew beliau dari Vision Work menyertai misi A2G11 dan dijangka bertolak ke bumi Gaza pada 3 Disember 2012. Ustazah Maznah mengatakan beliau menyertai misi ini atas 2 sebab. 1. Beliau telah berumur 60 tahun dan jika beliau bolih melakukannya maka insyaAllah orang-orang muda lebih mampu untuk bangkit dan turun ke medan membantu saudara mereka di Palestin. 2. Beliau amat rindu dengan para ibu yang mendapat anugerah syahid di kalangan suami dan anak-anak mereka. Ustazah Maznah ingin memeluk mereka dan mendapat aura merek. Mudah-mudahan beliau bolih menyertai mereka dan mendapat kemuliaan yang sama. Allahu Akbar!

No comments:

Post a Comment