Eng AbdelRahem Shehab segera membuka bilik gerakan khas dan membuka pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran pelbagai keparluan termasuk makanan, pakaian dan selimut musim sejuk serta menyusun pertemuan dengan para NGO, badan kemanusiaan malah ke agensi-agensi penting termasuk hospital-hospital.
Sementara Aqsa Syarif di Malaysia menggerakkan aktivis segera mengadakan aktiviti fund raising yang digelar A2G-ER (Aqsa2Gaza Emergency Relief) dan pelbagai pihak termasuk media utama negara diajak memberi fokus kepada misi bantuan dan aktiviti membantu Gaza; sukarelawan Aqsa Syarif di Gaza telah mengadai nyawa membawa kenderaan-kenderaan yang dipenuhi makanan dan bantuan kejalan-jalan dan kelorong-lorong di Gaza untuk menyampaikan makanan kepada penduduk yang terjejas di sebabkan serangan Israel yang terus bertalu-talu menghujani bumi Gaza dengan peluru berpandu dan bom.
Sehingga pertengahan Disember 2012, sejumlah RM1.56juta (USD521,100) bantuan telah diedarkan ke 20 kawasan-kawasan yang terjejas dengan serangan di Gaza. Bermula dari pusat pengumpulan dan pembungkusan di Jabalia, lori-lori dan van digunakan mengangkut makanan keluar. Selebih wang yang disalurkan ke Gaza dari sejumlah RM2.1juta iaitu sekitar RM540,000 lagi telah digunakan untuk membeli keperluan tambahan bagi diedarkan keapda penduduk-penduduk yang terkesan dengan serangan.
Aqsa Syarif sedang diperingkan akhir untuk menghantar seramai 15 orang sukarelawan ke Gaza bagi membantu dan memantau proses penyaluran bantuan. Misi dijangka bertolak pada 2hb Januari 2012 dari KLIA. Misi A2G12-ER sebenarnya di rancang untuk bertolak ke Gaza pada 15 Dis 2012, tetapi keadaan di Mesir degan referendum undang-undang di Mesir yang ditakuti keadaan perjalanan kurang selamat di Cairo, maka misi telah ditangguhkan.
Oleh kerana keseluruhan semenanjung telah dihujani oleh peluru-peluru peledak yang memusnahkan apa jua binaan, di bumi Gaza, bantuan telah diedarkan ke seluruh Gaza yang mana 38% di edarkan di Gaza City, 30% di utara Gaza, 12% di kawasan tengah Gaza, manakala di Khanyounis dan Rafah (selatan Gaza) sejumlah 20%.
Dari sejumlah lebih RM1.5 juta, 45% adalah untuk bungkusan makanan, 22% selimut untuk musim sejuk, 11% untuk pakaian sejuk, 12% ubat-ubatan dan 8% dalam bentuk wang tunai yang diberikan kepada mangsa-mangsa yang cedera.
Sumbangan disampaikan sendiri oleh Enf AbdelRahim Shehab, Ahli-ahli Pemegang Amanah yang ke Gaza di dalam misi A2G10-ER dan aktivis Aqsa Syarif yang menyertai misi A2G11-ER di Gaza pada awal Disember 2012.
Sumbangan-sumbangan yang diterima rakyat Malaysia yang masih terus diterima sedang dirancang untuk fasa ke dua dan ke tiga bantuan yang akan memberi fokus kepada proses 'recover' (pemulihan) setelah peringkat 'relief' (bantuan kecemasan) dilaksanakan.
Dua misi kemanusiaan A2G12-ER dijangka berlepas dari KLIA ke Cairo dan ke Gaza pada 2 hb Januari 2013, manakala kumpulan keempat A2G13-ER akan jijangka berlepas pada 15 Januari 2013.

No comments:
Post a Comment