Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Friday, December 21, 2012

Hamas dan Brigade Al-Qassam Bukan Pengganas !

Jika kita membuka mana-mana media dan kerajaan yang pro-Israel, memang mereka akan mengatakan bahawa Hamas Pengganas dan Brigade Al-Qassam Pengganas, malah yang lebih menyedihkan lagi mengatakan sesiapa sahaja yang berdarah Palestin adalah Pengganas...!

Inilah ketidak adilan dan penyelewengan dunia yang perlu diperbetulkan dan ini menjadi tanggungjawab semua pihak terutama pengamal-pengamal media dikalangan umat Islam dan organisasi media milik umat Islam.

Serangan-serangan Israel yang tidak berprikemanusiaan kepada pemimpin-pemimpin Hamas (Sheikh Ahmad Yassin Al-Syahid, Dr Abdel Aziz Rantisi Al-Syahid dll) dan Brigade Al-Qassam (yang terkini pada 14 Nov 2012, terhadap Muhammed Al-Jabbari as Syahid) digembar-gemburkan barat sebagai memerangi ketua pengganas. Mereka membunuh orang awam di Gaza dan Tebing Barat juga kerana mereka mengatakan orang-orang Palestin adalah penganas-penganas. Inilah yang telah berlaku lebih 60 tahun di bumi Palestin dan di Beirut.

Marilah kita memperbetulkan persepsi dan marilah kita memperbetulkan kefahaman. Marilah kita membaca sejarah Palestin dan marilah kita menilai isu Palestin ini sebagai manusia yang waras. Barat dan kuncu-kuncu Israel sudah sekian lama membuat perancangan rapi ini semenjak persidangan yang dilakukan oleh pertubuhan Yahudi antarabangsa di Switzerland sebelum mereka menawan Palestin pada 1948.

Tahniah Pemberita Syed Mahadzir dari Astro Awani yang menyertai misi kemanusiaan A2G11-ER baru-baru ini dan berjaya membuat liputan khas sebagai pemberita yang profesional.

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/6Lqvl7ejcy4" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


http://www.youtube.com/watch?v=6Lqvl7ejcy4


Laporan Syed Mahadzir sebelum ini ialah mengenai terowong kemanusiaan Gaza di sempadan Rafah : http://www.youtube.com/watch?v=utSbOj_in1g



No comments:

Post a Comment