Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Saturday, December 22, 2012

Aqsa Syarif Salorkan RM2.1juta Untuk A2G-ER Fasa 1




Hasil sumbangan rakyat Malaysia ke tabung Aqsa Syarif khusu yang dibuka pada hari pertama serangan kejam Israel terhadap Gaza RM2.1juta telah berjaya dibawa masuk ke Gaza. 

Tabung khusus yang diberi nama "Aqsa2Gaza Emergency Relief - Selamatkan Kanak-kanak Palestin daripada Israel Pembunuh...!" atau ringkasnya A2G-ER, yang mula diwar-warkan pada hari pertama serangan yang mengorbankan pemimpin kanan Brigede Al-Qassam, iaitu biro keselamatan Hamas di Gaza dan kemudiannya serangan tidak henti tentera Israel terhadap Gaza, rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat keprohatinan segera menghulurkan sumbangan dan segera mengadakan kutipan kecemasan di tempat-tempat kerja, di masjid-masjid dan disurau-surau.  Tidak kurang pula yang menganjurkan pelbagai aktiviti kutipan dana.

Bagi menjalankan rasa tanggungjawab besar yang ditutut, Aqsa Syarif turut merancang empat (4) misi khas A2G-ER dengan dimulai menghantar tiga (3) orang Ahli Pemegang Amanah AQSA dan seorang JKP Pertubuhan Ikram ke Gaza. Misi pertama tersebut adalah membuat tinjauan dan menyampaikan sumbangan secara terus ke Gaza.

Kemudian diikuti oleh misi kedua yang digelar A2G11-ER yang turut disertai oleh Duta Aqsa Syarif ke Gaza iaitu En Afdlin Shauki, pelakun dan penerbit terkenal tanah air bersama krew, Bront Palare dan Zain Saidin.

Sehingga pertengahan Disember 2012, sejmlah RM2.1juta telah disalurkan ke Gaza khusus untuk bantuan kecemasan Gaza November - Disember 2012. Aqsa Syarif terus melipatgandakan usaha penjanaan dana melalui pelbagai usaha dengan pemgeblingan para aktivis, Pengurus-pengurus Negeri AQSA, Ketua-ketua Daerah AQSA, Duta AQSA, Bront Palare, Zain Saidin dan pelbagai pihak organisasi, persatuan-persatuan dan badan-badan korporat serta syarikat-syarikat media Tanah Air.

Para aktivis di kalangan pelajar dan warga Malaysia di luar negara juga turut mengadakan aktiviti fund-raising dan meeka telah menyalurkan kutipan ketabung Aqsa Syarif di Malaysia bagi disalurkan ke Gaza. Di antara yang aktif di dalam funds raising ialah Amer Jepun (aktivis Ikram & Aqsa Syarif Jepun), Amer Korea, Amer China, Kelab Ikram UK& Eire, Kelab Ikram Mesir, Pelajar-pelajar Indonesia dan Pelajar-pelajar Australia.

Aqsa Syarif mengucapkan berbanyak-banyak tahniah, terima kasih dan Jasakumullahukhairan. Sesungguhnya kita semua yang memerlukan Allah dan rahmat serta keridhaanNya, teruskan beramal kerana Allah.













No comments:

Post a Comment