Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, July 25, 2012

Solat Tarawikh, Tazkirah, Ukhuwah & Dana Untuk Ramadhan di Gaza

Kedatangan para imam muda al-hafiz dari Palestin yang diurskan oleh Aqsa Syarif membawa beberapa objektif yang bersepadu bagi membolehkan tercapainya matlamat kejayaan di dalam membela dan membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa.

Aqsa Syarif yang telah sekian lama komited terhadap pembelaan rakyat Palestin melalui pelbagai usaha dan inisiatif seperti menjalankan kempen-kempen penerangan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia (lihat di SINI), Aqsa Syarif juga secara praktikal telah berusaha mengikuti dan menganjurkan sisi misi kemanusia ke Palestin (lihat di SINI). Aqsa Syarif seterusnya telah secara bersungguh-sungguh melaksanakan penyaluran bantuan dipelbagai sektor hasil sumbangan rakyat Malaysia (lihat di SINI).

Bertepatan dengan pendekatan yang bersepadu dan berperingkat, kini Aqsa Syarif telah memulakan langkan membawa imam-imam di kalangan rakyat Palestin yang muda untuk memikul beberapa misi membantu Aqsa Syarif di dalam pencapaian misi yang murni. Di dalam kertas kerja cadangan projeSolat Tarawikh bersama Imam Muda Al-Hafiz dari Gaza, Palestin dinyatakan objektif-objektifnya iaitu;

  • Agar masyarakat merasai dekatnya mereka dengan rakyat Palestin melalui kehadiran Imam-imam muda Gaza di Malaysia yang mengimamkan Solat Tarawih.
  • Memantapkan kempen kesedaran Palestin dan meningkatkan dan meluaskan kutipan untuk taung  dan  Projek Ramadhan di Palestin oleh Aqsa Syarif.
  • Aqsa Syarif reaching out – media, agensi-agensi kerajaan, NGOs, masjid dan individu-individu strategik.
  • Pendedahan imam-imam muda mengenai akrivis Palestin di Malaysia dan kehidupan di Malaysia.  



Sejajar dengan objektif yang bersifat bersepadu, di dalam kesempatan kehadiran imam-imam di Malaysia aktiviti berikut dijalankan:-


1. Mendekatkan rakyat Malaysia dengan Palestin.
Kehadiran anak-anak muda telah dapat memberikan peluang masyarakat Malaysia berinteraksi dengan rakyat Palestin. Ramai yang merasa terpanggil untuk ke Palestin menghulurkan bantuan dan menziarahi rakyat Palestin, namun mereka tidak berkesempatan. Dengan kehadiran beberapa orang secara khusus di bulan Ramadhan ini, wakil rakyat Palestin secara langsung dapat berinteraksi dengan masyarakat. Di samping itu mereka dapat menjalin kasih sayang dan dapat terus mendapatkan berita mengani Palestin dari mulut orang Palestin sendiri.

2. Kehadiran ke Masjid dan di Bazar Ramadhan serta majlis-majlis ceamah dan tazkirah. 
Kesempatan selepas solat tarawikh sering dimanfaatkan dengan majlis ringkas penerangan oleh imam-imam muda Palestin dan huraian-huraian oleh peceramah Aqsa Syarif. Kesempatan tersebut dapat memberikan dengan jelas isu Palestin dan bentuk-bentuk bantuan dan sumbangan yang sedang dan akan dirancang khususnya sumbangan Ramadhan di Palestin. 

3. Media adalah di antara saloran yang efekrif di dalam menyalurkan maklumat dan berita kepada masyarakat. Oleh itu usaha sama di antara Aqsa Syarif dan agensi-agensi media telah memungkinkan rakyat Malaysia mendapat berita dan maklumat dengan tepat mengenai isu-isu dan bentuk-bentuk sumbangan yang sewajarnya diberikan oleh rakyat Malaysia. Imam-imam muda yang datang ke Malaysia berpeluang menghadiri sidang-sidang media dan liputan sepanjang mereka di Malaysia.  

4. Imam-imam muda Palestin adalah bakal-bakal pemimpin masa hadapan.
Kehadiran mereka di Malaysia dan pendedahan-pendedahan yang diberikan oleh Aqsa Syarif sebagai penganjur projek ini juga sedang dan akan terus memberi peluang seluas mungkin untuk para imam-imam melawat tempat-tempat penting dan mengarap ilmu dan pengalaman yang berguna dari Malaysia untuk dibawa balik dan dikongsikan kepada rakyat Palestin apabila mereka balik ke kampung masing-masing seleps selesai misi mereka di Malaysia. 











Imam-imam muda al-hafiz berada di 4 Masjid setiap malam

Sekitar 5 - 6 petang, empat kenderaan akan datang menderu ke penginapan imam-imam muda al-hafiz yang dibawa Aqsa Syarif dari Gaza. Untuk minggu pertama, keempat-empat imam muda ditempatkan di Kajang dengan pentauan dan bimbingan Jawatankuasa taskforse Aqsa Syarif. 

Sebagaimana dirancang, setiap imam muda akan dibawa oleh PIC (person in charge) ke masjid-masjid yang telah ditentukan untuk imam-imam itu berbuka puasa bersama-sama ahli jamah masjid dan seterusnya akan mengimami solat maghrib, isya; dan tarawikh.

Selepas rekaat ke 8 tarawikh, lazimnya akan diadakan sesi perkongsian para imam-imam muda akan bagaimana keadaan dan kehidupan yang dilalui setiap mereka hidup di bumi Palestin yang dijajah zionis israel yang kejam.

Semenjal mereka sedar erti kehidupan seawal 2 tahun, mereka sebenarnya dapat melihat dan mendengar entuman serangan-serangan Israel yang tidak berprikemanusiaan. Suasana sekatan dan serangan 2008 dan 2009 oleh rejim Israel di semenanjung Gaza pula menyaksikan dengan mata mereka sendiri bagaimana kekejaman tentera dan pemimpin Israel. Mereka hidup di dalam kepayahan, tanpa elektrik yang mencukupi untuk mereka belajar. Itulah di antara perkara-perkara yag sering disebut para imam muda tersbut.

Tuesday, July 24, 2012

Imam-imam Muda Hafiz Gaza meninjau KL dari Menara KL sambil Berqasidah

23 Julai 2012, Imam-imam muda yang menjadi tetamu Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia telah berpeluang meninjau Kuala Lumpur dari ketinggian 400m. Mereka kelihatan gembira dan ceria sambil tidak henti-henti mengambil loksi-lokasi tertentu bagi merakamkan gambar-gambar yang menarik berlatarbelakangkan hutan batu bangunan pencakar langit Kuala Lumpur.

Yang menariknya beberapa alunan Qashidah diperdengarkan oleh Imam Taha dan Imam Raed. Ramai para pengunjung yang berada di dek pandangan memberikan perhatian dan ada juga yang mendekati merekan untuk mendapatkan maklumat kehadiran mereka. 

Program ini adalah sebahagian dari objektif penganjur yang membawa Imam-imam ke Malaysia, iaitu untuk memberikan pendedahan keapda mereka akan realiti di Malaysia dan pencapaian-pencapaian di Malaysia dari aspek pembangunan dan ekonomi.













Palestin sudah sekian lama dijajah dan dikepung. Rakyatnya dihalang untuk keluar negara. Apabila ada peluang seperti ini, tentunya penganjur ingin mendedahkan mereka pengalaman sebaik mungkin agar mereka kemudiannya dapat berkongsi dengan rakyat di Palestin yang masih tidak dapat berjalan ke luar negara. 

Sunday, July 22, 2012

Imam muda Gaza dibawa meninjau aktivis menjalankan kempen Palestin di bazar Ramadhan

22 Julai 2012, dua imam muda, Imam Raed dan Imam Mu'min dibawa meninjau aktivis Aqsa Syarif menjalankan kempen Palestin di Bazar Ramadhan yang disusun oleh Dr Ahmad Z Abdullah (Imam pertama masjid Mat Saman Kajang).

Dalam masa sekitar 10 minit, dua imam muda tersebut menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia membuat persediaan untuk berbuka puasa. Para pemuda aktivis di Kajang dan sekitarnya membuka sebuah meja dan memasang beberapa bunting serta meletakkan beberapa tabung dan maklumat ringkas.

Kedatangan Dr Mohd Zin dan dua imam menceriakan suasana apabila sebuah Qqsidah yang merdu didendangkan imam Raed dan diikuti dengan ucapan dan kempen membela Paletin.












Alhamdulillah.

Imam Muda gaza buka puasa dan tarawikh hari pertama di Bangi & Kajang

Alhamdulillah pada malam pertama selepas pendaratan imam-imam muda Gaza di Malaysia, Maghrib dan tarawikh mereka di sekitar Kajang dan Bangi. 
Mereka berkesempatan berbuka puasa ringkas di surau al Kauthar bersama pengerusi, imam, ajk dan ahli jamaah masjid sebelum dijamu oleh pengerusi Aqsa Syarif, Prof madya Dr Hafidzi Mohd Nor di rumahnya. 

Imam Raed Sya'ban dan Imam Mukmin Hawaz telah bersolat tarawikh di surau al Kauthar bandar baru Bangi fasa 4, manakala imam Taha Sulaiman dan Muhammad Sulaiman bersolat di Masjid Mat Saman Kajang. Surau al Kauthar telah berjaya mengumpul sumbangan untuk palestin berjumlah RM3030 pada malam tersebut. Imam muda Gaza Mukmin dan Raed menerima sumbangan tersebut bagi pihak rakyat palestin bagi dikumpulkan di dalam tabung Palestin Aqsa Syarif. Sumbangan di sampaikan oleh Pengerusi Hj Nazri dan Ust Ismail Hasyim (AJK dakwah/pendidikan).

Imam Taha Sulaiman dan imam Muhammad Sualiman di masjid Mat Saman Kajang dengan 20 rekaat tarawikh. Oleh kerana masjid ini akan membawa 2 imam keesokan harinya, para jamaah telah dimaklumkan agar membawa sumbangan esok dan kesemua sumbangan akan dikumpul esok.

4 imam diperkarangan surau al-Kauthar Bangi sebelum masuknya berbuka puasa

Pertama kali 4 imam Gaza berbuka puasa di Malaysia
(di surau al-Kauthar Bangi)
Imam Taha mengimami solat maghrib di Surau al-Kawthar

Imam Tahan dan Imam Muhammad solat sunat sebaik tia di masjid Mat Saman untuk solat Isya' & Tarawikh

Berkumpul di rumah Pengerusi Aqsa Syarif selepas 4 imam berpecah dua bersolah di dua lokasi berbeza



Imam Taha mengimami jamaah untuk solat Isya' & Tarawikh di MBerkumpul di rumah Pengerusi Aqsa Syarif selepas 4 imam berpecah dua bersolah di dua lokasi berbeza


Imam Taha & Imam Muhammad bersalaman dengan para jamaah selepas solat tarawikh

Imam Taha & Imam Muhammad bersalaman dengan para jamaah selepas solat tarawikh

Bersama Pengerusi dan JK masjid Mat Saman Kejang

Imam Taha & Imam Muhammad bergambar kenang-kenangan dengan PR Dr Mohd Zin Kandar, Pengerusi JK Penyelaras program imam-imam Muda Gaza, selepas solat tarawikh

Imam Taha & Imam Muhammad dipersilakan ke majlis jamuan moreh oleh Dr Ahmad Zainaudin (Imam masjid Mat Saman) selepas solat tarawikh




Berkumpul di rumah Pengerusi Aqsa Syarif selepas 4 imam berpecah dua bersolah di dua lokasi berbeza