Awal pagi sekitar jam 7.30 am, lawatan ke kompleks ternakan ikan air masin ISJ (Islamic Soc of Jabalia) yang merupakan projek unik Aqsa Syarif di Gaza hasil sumbangan rakyat Malaysia telah mengejutkan pekerja di kompleks yang terletak di pantai utara Gaza City. Kebetulan kompleks tersebut terletak 300 meter dari penginapan para juruaudit Aqsa Syarif.
Masanya tidak ditetapkan, namun juruaudit berpuas hati kerana seawal pagi, 2 staf kolam ternakan sudah berada di situ dan kerja-kerja sudah dimulakan. BUmbung kompleks ternakan yang koyak kerana serpihan serangan zionis Yahudi masuh belum dibetulkan kerana kekangan kos, namun semua kolam ternakan beroperasi (kecuali sebuah sahaja yang kosong) dan sedang memulakan ternakan benih baru anak-anak ikan setelah musim tuaian yang terbaru telah dimanfaatkan untuk edaran kepada penduduk ketika serangan Israel akhir Nov dan Dis 2012.
Keadaan kolam ternakan yang kemas, air yang bersih dan makanan ikan yang mencukupi dan benih-benih ikan mlai membesar.
Dua hari sebelum lawatan ini, lawatan audit telah kepejabat ISJ dan meneliti dokumen-dokumen projek ternakan ikan tersebut dan juga laporan kewangan.
Projek ternakan ikan ini adalah di antara yang unik dan telah mampu menampung sebahagian dari keperluan penduduk Gaza yang dikepung Israel dan tidak dibenarkan kelaut menangkap ikan semenjak tahun 2006.

No comments:
Post a Comment