Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

A2G15 AM: Sesi Khas Penerima2 Micro Credit








Dipertengahan sesi audit, ianya diberhentikan sebentar bagi memberikan laluan kepada suatu sesi khas bertemu dan berdialog dengan wakil-wakil penerima skim micro-credit (qardhul hassan). Sesi dimulakan dengan taaruf dengan usahawan-usahawan kecil yang memulakan atau membesarkan perniagaan dengan pembiayaan qardhul-Hassan. Di antara perniagaan yang dijalankan termasuk kedai memasak nasi maklubah, kedai membuat sofa, kedai farmasi, kedai menjahit pakaian dll.

Beberapa usahawan menyatakan rasa syukur di atas peluang micro credit yang dijalankan hasil usaha sama Aqsa Syarif dan Emaar.

Dr Mohd ZIn diminta ketua misi untuk memberikan sepatah dua kata kepada para penerima skim ini dengan menekankan bahawa mereka juga adalah pejuang untuk pembebasan Masjidil Aqsa kerana peranan yang dimainkan sebagai para peniaga adalah penting di dalam membangun masyarakt di Palestin di dalam sektor ekonomi.

No comments:

Post a Comment