Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

A2G15 AM: Lawatan Ke UCAS GAZA





















University College of Applied Science UCAS adalah sebuah lagi IPT di Gaza yang diziarahi peserta misi A2G15AM baru-baru ini. Ini adalah sebagai lawatan balas yang dilakukan oleh rombongan UCAS ke Pejabat Aqsa Syarif pada awal Feb 2013 yang lalu.

UCAS menawarkan program pengajian epringkat diploma dan ijazah kepada pemuda pemudi di Gaza dan ianya sangat diperlukan bagi memberi peluang kepada lepasan sekolah-sekolah menengah.

Beberapa cadangan bantuan diterima oleh deligasi Aqsa Syarif bagi membantu UCAS menjalankan program pengajian. DI antaranya ialah cadangan melengkapkan makmal pembelajaran teknologi perubatan yang sangat diperlukan di Gaza bagi melahirkan pegawai-pegawai perubatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan memenuhi keperluan-keperluan di beberapa hospital di Gaza.

Rakyat Malaysia terus dijemput membantu Aqsa Syarif menjana dana untuk membantu UCAS di dalam menjalankan tanggungjawab mendidik para pemuda/i di Gaza dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan.

No comments:

Post a Comment