Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

A2G15 AM: Lawatan audit ke Kedai Perabut











 
Seorang usahawan gigih yang mempunyai kemahiran yang istimewa di dalam membuat perabut khususnya sofa untuk ruang tamu berjaya mendapatkan skim Qardhul Hassan Aqsa Syarif-Emaar dan kini beliau mengambil beberapa orang pekerja untuk membantu di kedainya. Selain dari dapat menyara keluarganya beliau juga berupaya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk disekitar kedinya.

Lawatan singkat kami ke bengkel menyaksikan bagaimana staf dan beliau sendiri dengan kemahiran yang mengkagumkan menyiapkan tempahan sofa. Pelbagai rekabentuk sofa dan jenis stok kain terdapat dibengkelnya dan tentunya para penyumbang melalui Aqsa Syarif dapat berbangga dan berpuas hati dengan kejayaan pelaksanaan program Qardhul Hassan Aqsa Syarif dan Emaar di Gaza. Alhamdulillah...!

Dr Mohd Zin yang melawat ke bengkel ini turut mencuba bagaimana memasang kain untuk sofa yang sedang disiapkan.

No comments:

Post a Comment