Aqsa Syarif memberikan tumpuan utama pembelaan anak-anak yatim Palestin melalui projek tajaan anak-anak tersebut secara bulanan (USD50.00 sebulan). Salam Soc adalah local partner yang kini sedang menguruskan tajaan anak-anak Yatim di Gaza dan di Malaysia ianya disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif.
Peserta Misi A2G15 AM berkesempatan menyerahkan tajaan-tajaan tersebut kepada para anak-anak yatim di gaza. Sistem database yang kemas diwujudkan agar setiap tajaan dari rakya Malaydia benar-benar sampai ketangan anak-anak yang ditaja.
Kegembiraan tergambar diwajah anak-anak dan ibu-ibu yang menemani mereka di dalam majlis yang ringkas dan penuh bermakna ini.
Selain itu kesempatan yang ada digunakan untuk menyerahkan kad-kad ucapan dari anak-anak Malaysia yang dibawa oleh rombongan misi A2G15 AM.
Anak-anak tersebut menjadi yatim, majoritinya adalah kerana serangan rejim kepada penduduk Gaza menyebabkan bapa-bapa mereka menjadi syuhada' dan hilanglah tempat bergantung di dalam membesarkan anak-anak ini. Para penaja dikalangan rakyat Malaysia Alhamdulillah prihatin untuk membantu membesarkan anak-anak tersebut yangs ebenarnya adalah merupakan para pejuang yang mempertahankan bumi umat Islam Palestin dan Masjidil Aqsa dari terus dijajah rejim zionis islael.
Sesungguhnya memelihara/menaja anak-anak yatim adalah amalan yang sangat mulia dan ianya sangat dikasihi Rasulullah SAW.

No comments:
Post a Comment