Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

A2G15 AM: Aqsa Syarif & Rakyat Malaysia Bantu Univ Al-Aqsa























Bantuan dari rakyat Malaysia terus dihulurkan untuk membantu membangun semula Gaza. Antara lain ialah untuk membangunkan keperluan institusi pengajian tinggi di Gaza seperti di Al-Aqsa University. Bersempena lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, pihak Al-Aqsa University juga telah memaklumkan kepada PM akan sumbangan dan projek-projek yang sedang dan akan disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif.


Lawatan Audit A2G15-AM baru-baru ini membincang lanjut dan meninjau perkembangan pembinaan dan penyempurnaan projek-projek penting di Al-Aqsa University termasuk Masjid dan Bangunan Dewan Kuliah di kampus cawangan di Khanyounis.

Ketua misi, Ir Dr Selamat ALiman, Pengurus Besar Aqsa Syarif dan 2 ahli BoT mendapatkan maklumat terkini untuk dibentang di BoT dan dirancang penyaluran dana untuk segera menyempurnakan pembinaan-pembinaan tersebut.

Pemuda pemudi Gaza yang umumnya dari keluarga yang tidak berpendapatan selepas serangan dan kepungan rejim zionis Israel sangat-sangat memerlukan tempat untuk menyambung belajar di peringkat Ijazah, namun kesukaran untuk keluar negara menyebabkan keperluan prasarana di universiti di Gaza sangat diperlukan. Projek-projek serupa ini akan memberi peluang rakyat Gaza meningkatkan keupayaan akademik dan kemahiran untuk mereka membangun semula Gaza dan untuk Merdeka.

Tahniah Rakyat Malaysia dan teruskan menyalurkan sumbangan anda melalui akaun Aqsa Syarif yang tertera di atas.

No comments:

Post a Comment