Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

A2G15 AM: Lawatan audit ke Multaqa Rahma













Tahniah kepada team R2R AQSA (Rose2Rose) kerana kejayaan melaksanakan projek Pusat Komuniti Wanita ke Dua di Gaza setelah projek R2R yang pertama disempurnakan di Rafah iaitu Dar Qur'an Wa Sunnah.

S2G15 AM telah melihat dengan sendiri progress pembinaan pusat komuniti wanita kedua di Jabalia. Disambut oleh pengurusnya sendiri dan kerja-kerja pembinaan sedang rancak dijalankan seumpama kerja-kerja memasang pintu, tingkap, ceiling, elektrik dan sebagainya.

Pusat ini akan dimanfaatkan untuk aktiviti wanita-wanita Gaza membangun kapasiti dan mendidik anak-anak dan komuniti agar terus tabah, berilmu dan berketerampilan di dalam menghadapi sebarang ancaman zionis Israel. Apabila para ayah syahid kerana mempertahankan tanah air, ibu-ibu perlu terus menjaga dan membesarkan anak-anak yatim. Pusat Komuniti Wanita R2R Multaqa Rahma ini Insya Allah mampu menawarkan pelbagai khidmat sosial dan pendidikan berterusan yang diperlukan para wanita Gaza.

Tahniah kepada para penyumbang ke tabung Aqsa Syarif. Teruskan menghulurkan sumbangan melalui akaun Aqsa Syarif yang tertera di FB ini.

No comments:

Post a Comment