Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

A2G15 AM: Ziarah Anak-anak Yatim Tajaan AQSA








Pihak Salam Soc yang menguruskan dan menyalurkan tajaan rakyat Malaysia untuk anak-anak yatim di Gaza sempat membawa kami menziarahi satu keluarga kanak-anak yatim di Gaza.

Ayah kepada anak-anak ini syahid kerana serangan Israel dan kini 5beradik tinggal bersama ibunya dirumah atoknya. Kami sempat bersama mereka beberapa ketika. bersembang dan cuba menyelami perasaan dan penderitaan yang dialami 5 anak tersebut yang diusia ini tiada bapa disisi.

Anak yang sulung laki-laki dan beliau mengalirkan air mata ketika diminta bercakap sesuatu menyatakan terima kasih kepada kami.

Sekali lagi beliau menangis apabila kami diberitahu beliau boleh menghafas sebahagian al-Qur'an dan mengalirkan air mata ketika membaca ayat-ayat Allah. Subhanallah ... semoga beliau membesar dengan penuh tabah dan bertanggungjawab bukan sahaja memelihara adik-adiknya malah bumi Palestin yang akan dibebaskannya.

Nantikan rakaman video saat-saat syahdu kami bersama mereka Insya ALlah.

No comments:

Post a Comment