Seorang wanita muda berkelulusan B.Pharm dari Universiti tempatan adalah salah seorang penerima skim Qardhul Hassan (Pinjaman Kebajikan). Beliau mengoperasikan gedung farmasi di Khanyounis dan kami sempat membuat lawatan dan merakamkan perbualan serta meninjau bagaimana kegigihan beliau untuk hidup secara berdikari walaupun di dalam suasana di gaza yang begitu tidak menentu.
Kami cukup terharu dengan rekabentuk dan profesionalisma yang diserlahkan di dalam kedai dan khidmatnya kepada masyarakat yang mengunjungi gedung beliau.
Tahniah rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan melalui tabung Aqsa Syarif. Kita bukan sahaja membela rakyat Palestin melalui sumbangan terus di dalam bentuk makanan dan kecemasan, malah berusaha memberikan mereka 'joran' agar kehidupan mereka akan lebih terjamin dan lestari.

No comments:
Post a Comment