Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

A2G15 AM: Mengunjungi Sek As Solah Gaza



















As Solah adalah sekolah anak-anak yatim yang ditubuhkan oleh NGO As Solah Association di Deir Balah Gaza.

Ia ditubuhkan sebagai usaha prihatin sekumpulan pemimpin masyarakat bagi menyantuni anak-anak yatim di Gaza. Sekolah Islam As Solah menawarkan silibus yang holistik (komprehensif) merangkumi akademik, deeniyah dan hafazan Qur'an.

Sekolah laki-laki ini menawarkan pendidikan peringkat rendah dan menengah dan menawarkan jurusan sains di peringkat menengah asas dengan penekanan juga di dalam kemahiran berbahasa Inggeris dan ICT.

Ketika deligasi A2G15 AM tiba diperkarangan sekolah pada awal pagi, para pelajar sedang mengadakan perhimpunan dan kami diberikan kesempatan untuk memberikan ucapan selepas beberapa persembahan dari para pelajar yang fasih berbahasa Inggeris.

Dr Mohd Zin yang diminta ketua misi untuk memberi ucapan memberikan sedikit semangat dan dorongan untuk cemerlang di dalam pelajaran dan di dalam membina jati diri agar berupaya menjadi tentera Allah bagi membebaskan Masjidil Aqsa. Ucapan Dr Zin di dalam bahasa Inggeris diterjemahkan salah seorang guru kebahasa arab bagi difahami oleh semua pelajar.

Terdapat beberapa cawangan sekolah seumpama ini dan sekolah AL-Solah ini mengumpulkan anak-anak yang cemerlang.


Selepas sesi bersama perhimpunan pelajar-pelajar, kami di bawa elawat ke beberapa makmal dan bilik darjah.

Berkesempatan bertemu dan berbual dengan pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah, As-Solah telah berkeupayaan menyediakan prasarana ya
ng kondusif di dalam membentuk pelajar-pelajar Yateem dengan keupayaan yang mengujakan. Beberapa pelajar begitu fasih berbahasa Inggeris, tambahan pula bila beliau membentangkan persembahan berhubung isu pembebasan Al-Aqsa, jelas menggambarkan fikrah yang dimiliki juga jelas dan penuh keyakinan.

Kami yakin bahawa masa hadapan Palestin begitu cerah dengan generasi yang hebat di dalam pelbagai aspek.

Namun begitu, beebrapa kemudahan asas dan tambahan bagi meningkatkan peluang pembelajaran yang lebih sempurna masih diperlukan disekolah ini. Di antaranya ialah keperluan komputer dan makmal sains. Perbincangan lanjut akan dilakukan bagi Aqsa Syarif membantu sekolah ini.

Orang ramai terus diseru untuk menghulurkan sumbangan melalui tabung Aqsa Syarif.

No comments:

Post a Comment