Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

A2G15 AM: Mengunjungi DarulQur'an Al Karim Wa Sunnah













Deligasi misi audit A2G15 berkesempatan menziarahi Sheikh Dr Abdel Rahman Jamal, Mudir dan Director DarulQur'an Wa Sunnah (DQWS) Gaza baru-baru ini.

Aqsa Syarif telah menghulurkan beberapa bantuan kewangan dan Braille Qur'an ke DQWS bersamViva Palestina Malaysia sebelum ini.

DQWS adalah suatu pertubuhan NGO yang ditubuhkan hasil kesedaran para ulama' di Gaza yang dipelopori Sheikh Ahmad Yassin As-Syahid dan beberapa ulama' di Gaza yang meyakini bahawa kemenangan perjuangan membebaskan Palestin dan Al-Aqsa mestilah melalui pembentukkan individu-individu dan jammah yang berasaskan Al-Qur'an Al-Karim dan Sunnah yang mulia.

Di Gaza sehingga kini telah melahirkan lebih 60,000 penghafaz Qur'an dan usaha-usaha terus rancak dijalankan oleh DQWS yang dipimpin Sheikh Dr Abdel Rahman Jamal melalui penyediaan pelbagai prasarana dan program-program halaqah Al-Qur'an.

Di antara yang sedang di rancang ialah agar Aqsa Syarif menaja beberapa projek termasuk pembinaan ruang-ruang bagi menampung aktiviti-aktiviti berterusan halaqah-halaqah Al-Qur'an.
Rakyat Malaysia terus diseru untuk menghulurkan bantuan melalui Aqsa Syarif melalui tabung bantuan Palestin di akaun yang tertera di atas.
Sheikh Dr Abdul Rahman Jamal, Rais Darul Qur'an Wa Sunnah Gaza bertungkus lumus bersama para pemimpin di Gaza membangunkan Generasi Al-Qur'an di Gaza. Mengikut beliau, kemenangan menewaskan rejim zionis Israel Insya Allah perlukan memerlukan prasyarat pembangunan individu-individu yang mempunyai ilmu dan amal bersumberkan Al-Qur'an dan Sunnah. Begitulah penegasan beliau ketika deligasi Aqsa Syarif mengunjungi beliau dipejabatnya baru-baru ini. Subhanallah WalhamdulillahiwalaillahIllahuwallahu Akbar.
Saksikan video berikut;

http://www.youtube.com/watch?v=FMN06mMKU18

No comments:

Post a Comment