Sekatan ke atas Gaza oleh rejim zalim Israel pada 2006 sehingga 1.7juta penduduk seumpama penjara terbuka yang terbesar di dunia. Mereka tidak dapat keluar malah barang-barang keperluan tidak dibenarkan di bawa masuk ke Gaza. Tambahan pula Gaza diserang pada 2008 ... puluhan ribu kehilangan pekerjaan dan mereka terus bersabar dengan konspirasi dunia. Sekali lagi serangan ganas keatas gaza baru-baru ini (Nov 2012).
Keadaan itu tentunya meningkatkan kesusahan dan bilangan keluarga miskin yang perlukan bantuan dari luar. Kita umat Islam sesungguhnya berkewajipan menolong sesama saudara. Alhamdulillah melalui Aqsa Syarif, rakyat Malaysia mempunyai laluan untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan Aqsa Syarif dirancang sebaik mungkin. Salah satu program ialah baikpulih rumah-rumah rakyat termiskin di Gaza. Setelah lawatan pertama Mei 2012 diikuti dengan beberapa siri perbincangan dan dana disalurkan untuk baikpulh rumah.
Bersempena misi A2G15-AM, kami berpeluang menziarahi keluarga yang menerima skim bantuan baikpulih rumah yang diuruskan oleh Salam Society. Alangkah berterima kasihnya mereka kepada rakyat Malaysia dan mereka kini tinggal di rumah yang agak selesa. Musim sejuk yang menyelubungi Gaza, sekurang-kurangnya anak-anak tidak ditiup lagi angin kencang sejuk diwaktu malam.
Kelihatan dapur dan bilik air lebih kemas dengan saluran paip yang sesuai untuk keperluan keluarga berlindung dan merihatkan badan.
Tahniah para penyumbang rakyat Malaysia yang prohatin.
# Ketika kunjungan kami, Gaza keputusan elektrik, jadi kami menziarahi keluarga ini dengan lampu suluh dan lampu sumbangan kita dari projek Aqsa Syarif & VPM iaitu OFOL (One Family One Lamp) yang kami agih-agihkan pada bulan Julai hingga Ogos 2012.

No comments:
Post a Comment