Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

A2G15 AM: Lawatan audit ke Dar Qur'an Wa Sunnah Rafah








Rafah yang terletak di selatan Gaza mempunyai satu cawangan Darul Quran Wa Sunnah (DQWS), iaitu sebuah pertubuhan pendidikan Qur'an yang besar di Gaza yangd ipengerusikan oleh Sheikh Dr Abdul Rahman Jamal, seorang ulama' yang disegani di Gaza.

Beliau menubuhkan DQWS dengan membuka belasan cawangan seluruh Gaza. Aktiviti utamanya ialah menjalankan pendidikan Al-Qur'an dan Sunnah secara sepenuh masa dan separuh masa. Untuk kanak-kanak , remaja, mahupun orang dewasa.

Bagi DQWS, usaha pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa perlu diusahakan melalui persiapan ummah dengan melengkapkan diri dengan ajaran Qur'an dan Sunnah.

Aqsa Syarif melalui projek khas Rose2Rose telah menyumbangkan lebih RM300,000 untuk projek pembinaan satu tingkat bagi menempatkan aktiviti DQWS Rafah.

Peserta A2G15 AM meneliti dokumen-dokumen dan laporan sepanjang projek dilaksanakan. Projek ini berjaya disempurnakan dan bangunan ini sudah digunakan. Alhamdulillah..!

No comments:

Post a Comment