Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

A2G15 AM: Lawatan Hospital Al-Wafa Gaza












Hospital Al-Wafa terletak diluar bandaraya Gaza, iaitu bersempadan dengan belah timur jalur Gaza dengan tanah yang ditakluki rejim zionis Israel. Ditubuhkan oleh badan kemanusiaan, namun hospital ini mempunyai tanggungjawab yang besar kerana peranan yang telah dan sedang dimainkan bagi membantu pelbagai jenis pesakit samaada yang cedera atau sakit disebabkan serangan zionis, kemalangan mahupun ditimpa penyakit.

Keadaan di Gaza yang sekian lama dikepung dan diserang oleh zionis, hospital ini sangat mengharapkan bantuan dari luar negara untuk menampung pelbagai perbelanjaan samaada kos pembangunan mahupun pengurusan atau perubatan para pesak-pesakitnya.

Hospital ini menawarkan perkhidmatan perubatan, bimbingan kaunseling, rawatan berterusan dan program outreach (kelapangan) bagi memberikan bantuan terbaik kepada penduduk Gaza yang rata-rata tidak berkemampuan dari segi rawatan mahupun pengangkutan dan kos wad.

Aqsa Syarif menerima beberapa cadangan dan akan berusaha mengembling tenaga untuk membantu hospital ini melalui kerjasama dari oernag awam dan pelbagai pihak di Malaysia. Teruskan menyumbang ke tabung Aqsa Syarif ke akaun maybank sebagai tertera di atas.


Berita berkaitan di FB luar negara:http://www.facebook.com/activists.palestine/posts/418170251576906

No comments:

Post a Comment