Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

A2G15 AM: Lawatan Ke IUG Gaza
















Peserta misi A2G15-AM yang telah kembali ke Malaysia, ketika di Gaza turut mengadakan kunjungan ke IUG dan disambut oleh Presiden dan Pentadbiran Islamic University Gaza. Sebelum ini, Aqsa Syarif telah menghulurkan beberapa sumbangan untuk pelajar-pelajar di IUG dan selain dari kunjungan untuk merapatkan hubungan yang sedia terjalin. Presiden IUG, Prof Dr Kamalain turut berterima kasih kepada Aqsa Syarif di atas tawaran 3 biasiswa peringkat PhD untuk bakal kakitangan IUG belajar di Malaysia khususnya di UTM. Salah seorang peserta misi A2G15-AM adalah Prof Madya Dr Mohd Zin yang turut menyampaikan cenderahati bagi pihak Jabatan Seni Bina dan Fakulti Alam Bina kepada Dr Kamalain dan Dr Ahmed Muhaisen iaitu staf IUG di Jabatan Senibina.

No comments:

Post a Comment