Aqsa2Gaza

Aqsa2Gaza

Wednesday, March 6, 2013

Perlepasan | A2G15 - Misi Audit








Aqsa Syarif memaklumkan bahawa misi kemanusiaan yang diberi nama A2G15 (AQSA2GAZA 15) akan berlepas pada 22 Februari 2013 dan dijangka memasuki Gaza melalui sempadan Rafah, Mesir pada 23 Februari 2013. Misi ini adalah misi audit kedua yang bertujuan untuk memantau perjalanan projek-projek Aqsa Syarif di Gaza yang dibiayai melalui sumbangan rakyat Malaysia. Objektif misi adalah: Memantau dan mengaudit projek-projek Aqsa Syarif yang telah dan sedang dilaksanakan di semenanjung Gaza. Mengenal pasti beberapa projek atau usaha sama baru yang boleh dilaksanakan di Gaza bersama-sama dengan Tajammu’ Al-Muasasah Al-Khairiyyah (Jawatankuasa Institusi Kebajikan), badan kerajaan pusat Palestin yang menyelia semua saluran bantuan daripada NGO-NGO dari luar negara ke dalam Palestin. Mengadakan siri pertemuan dengan Aqsa Universiti dan Islamic University of Gaza bagi meneruskan projek-projek yang telah dipersetujui. Mengukuhkan solidariti di antara rakyat Malaysia dan rakyat Palestin. Mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan mutakhir dalam usaha rakyat Palestin untuk membebaskan Masjidil Aqsa. Anggota misi kali ini terdiri daripada 3 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurus Besar Aqsa Syarif. Misi ini diketuai oleh Dr. Ir. Selamat bin Aliman (Bendahari), Prof. Madya Dr. Mohd Zin Bin Kandar, Hj. Yusof bin Suratman dan Hj Kamarul Zaman bin Shaharul Anwar. Aqsa Syarif ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan berterusan dari rakyat Malaysia yang tidak pernah jemu dalam membantu rakyat. Segala bantuan yang dihulurkan disanjung dan dihargai oleh rakyat Palestin yang memerlukan.

Misi Audit ini terdiri daripada 3 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurus Besar Aqsa Syarif. Misi ini diketuai oleh Dr. Ir. Selamat bin Aliman (Bendahari), Prof. Madya Dr. Mohd Zin Bin Kandar, Hj. Yusof bin Suratman dan Hj Kamarul Zaman bin Shaharul Anwar.

Misi ini bertujuan untuk memantau projek dan program tajaan rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif di Gaza bagi mempastikan ia berjalan dengan baik dan mencapai golongan yang disasarkan.

Alhamdulillah, misi ini telh berlepas pada pukul 8pm waktu Malaysia di KLIA dan akan disambut oleh rakyat Malaysia di Mesir. 

No comments:

Post a Comment