Seorang lagi pemuda gigih di Gaza yang kami lawati yang inginkan melalui hidup dengan berdikari. Beliau memperolehi pembiayaan Qardhul Hassan (Pinjaman Kebajikan) dari Aqsa Syarif-Emaar.
Walaupun kecil kedainya, namun perniagaannya berjalan dengan baik dan mendapat sambutan masyarakat tempatan.
Beliau pakar di dalam pembuatan pakaian laki-laki seperti seluar dan jaket.
Bila kami tanya berapa lama boleh siapkan sepasang seluar? "1 jam" jawabnya. Lantas kami "test" dan langsung Dr Zin menempah sepasang seluar. Selepas di ambil ukuran dan dipilh jenis kain, kami bergegas untuk membuat lawatan ke lokasi lain iaitu penerima skim micro credit yang lain.
Sebelum itu, beliau menolak untuk kami membayarnya harga seluar tersebut, tetapi di atas rasa syukur yang teramat sangat dan terharu dengan kesungguhan rakyat Gaza ini, Dr Zin berikan USD100 untuk sepasang seluar itu.
Memang benar, ketika kami mengadakan mesyuarat penutupan program audit kami di pejabat Emaar, pemuda tukang jahit tersebut menghantar sepasang seluar yang sudah siap berjahit dan selesa di pakai. Allahu Akbar...!

No comments:
Post a Comment